Monday, August 15, 2016

Nak simpan duit kat mana?

'Dont put all eggs in one basket'

Assalamualaikum semua. Masuk je entry terus cerita pasal telur kan. Apahal pulak ni. Tajuk lain, konten lain. Kalau sekoah dulu ni dah kira karangan terpesong dah ni.

Ok gini. Terms kat atas tu sebenarnya sangat popular dikalangan investor (pelabur). Jap nanti dulu. Kita pun pelabur tau. Jangan salah anggap. Jangan ingat pelabur tu semua nya orang kaya. Salah!

Kita adalah pelabur kepada duit gaji kita. Ha tak de gaji? owh patut la. Suri rumah. Sama la kita. Hehehe. Tapi saya ada bisness. Jadi adalah income sikit.

Eh dah lain pulak citer nye. Ok. Back to the topik.

Saya decide pelbagaikan simpanan saya. Saya tak simpan semuanya dalam bentuk cash. Saya bahagi2 kan. Tabung haji pun ada (cash). Sekarang dalam proses mengumpul emas dan insyaAllah akan berjinak2 dengan unit trust pulak nanti.

Kenapa saya memilih emas?

  1. Nilai ringgit kita semakin jatuh. Ringgit boleh kategori sebagai tenat tau sekarang. Ok contoh ey. Zaman kita kekecik dulu, kita la yang lahir 80an ni. Dulu beli kuih tuk sarapan pagi tu kan. Singgit dapat 5 biji. Masa tu dah rasa mahal dah sebab abah ngan mak duk cakap karipap zaman dia 5sen sebesar tapak tangan. Sekarang? Ko rasa ada lagi ke orang nak jual karipap singgit dapat 5? 3 pun dah susah dapat sekarang. Certain area la. Tu la contoh duit kita makin turun nilainya. Bukan harga barang makin mahal. Tapi duit makin murah.
  2. Emas adalah lambang kekayaan. Dulu masa muda-muda, saya rasa orang kaya je boleh simpan emas. Jadi saya nak jadi kaya. Sebab tu lah saya simpan emas (berangan tu percuma kan)
  3. Harga emas sentiasa meningkat untuk jangka masa panjang. Emas semakin hari semakin mahal kan. Kalau 20 tahun dulu harga emas 1g cuma RM30 je. Sekarang 1g dah hampir RM200 (tahun 2016). Katalah sekarang kita ada RM50,000 cash. Then kita beli MyVi cash. Apa jadi selepas 10 tahun? Kalau kita beli emas sekarang, lepas 10 tahun? Emas tak perlu nak isi minyak, road tax bagai, nilai makin naik. Ha..lu pikir la sendiri.

  4. Emas adalah aset yang unggul. Kenapa unggul? Sebab emas ni lakuuuu aje kat mana-mana. Macam dalam powergold, emas kami dah di bawak ke banyak negara dah. Antaranya Melbourne, Madinah, Pakistan, Thailand dan Indonesia. Dan akak yakin, banyaaaak lagi negara yang terima emas kami ni.
  5. Last and the most important, Emas adalah satu-satunya matawang yang disebut dalam Al-Qur'an. Emas ni nilainya bukan ditentukan oleh mana-mana pertubuhan. Nilainya setanding peredaran masa.






Jadi? Ada sebab ke untuk saya menolak emas? Nehiiiii..kabhi nehi.



Wassalam





Stokis EMAS Powergold
Siti Fabillah Mohd Yunos
0196624455
Fb: Siti Abby

Friday, August 12, 2016

Lokasi Duit Raya Anak

Ecewah. Tajuk ntah hape-hape.

Assalamualaikum!
Korang sihat?

Sihat la kalau boleh google-google tengok nak simpan mana duit raya anak kan?

Dah lama abis raya dah. Dah nak raya haji dah pun. 
Duit raya anak dah simpan ke?
Ke masih duk dalam laci, dalam almari tak pun duk bubuh dalam buku tabung haji dengan niat duit tu boleh meresap masuk sendiri ke tabung haji kan?

Haish..Dah sebulan berlalu dah mak-mak oi..
Kalau masuk bank kan dah ada income masyuk sikit.
Duit raya bebudak ni. Tak leh tunjuk semua, nanti korang rompak pulak kan. Kihkih

Tak de pun macam ni lah.
Nak ajar sikit ni. 
Apa kata duit raya anak-anak tu buat simpan emas.
Sebab apa?
Setakat dari bulan Januari aritu, tahun ni la. 2016 ni ha. Sampai la ke bulan Ogos ni. peratus harga emas naik sehingga 16% tau.
Rasa-rasa la kan. Ada tak bank yang bagi dividend sampai 16%?

Kot-kot la saya tak tau kan.
Kalau ada bagitau la ye. Nak jugak ahkak menyimpan kat bank tu.

Tapi sementara menunggu korang bagitahu tu, duit raya anak-anak akak belikan emas dulu la.
Sebab katanya nak naik ke 100% pulak harga emas 4 tahun lagi.

Kat mana nak beli emas? Cemana nak beli? Bagaimana, siapa, bila dan di mana?

Eheh..banyak pulak soalan. Meh tanya akak aje la. 
Call boleh, wasap lagi senang, jimat. Ha nak telegram pun boleh aje.



Stokis EMAS Powergold
Siti Fabillah Mohd Yunos
0196624455
Fb: Siti Abby

Friday, August 5, 2016

Kesan Negatif 'GAJET' pada kanak-kanak

Hai Assalamualaikum.

Korang jangan terkejut pulak ye tengok tajuk ni. Dah macam pakar kanak-kanak pulak kan. Saje. Tujuannya nak share ngan pembaca semua kesan gajet pada anak saya.

Melalui pembacaan, gajet ni banyaaaaak sangat memberi kesan negatif daripada positif. Macam-macam keesan negatif yang saya baca. Antaranya anak kurang atau tak bersosial, anak mengalami gangguan saraf gara-gara terkesan daripada radioaktif yang ada pada gajet, sembelit (ha yang ni pelik tapi benar) dan macam-macam lagi lah.

Jadi saya pun mula perhatikan anak saya. Of kos la hero kecik saya dak Ahnaf Syafie yang comel macam mak dia tu. Ok sila muntah.

Ni la Ahnaf Syafie.
Gambar bersama gajet tak ambik sebab menyakitkan hati.

Apa yang saya perasan, bila dengan gajet, Ahnaf dah kurang bercakap. Mata dia bertumpu pada screen gajet tu je. Gajet yang saya maksudkan ni bukan smartfon semata, termasuk juga tv dan laptop atau apa saje la yang melibatkan screen exposure. Ok sambung balik. Ahnaf jadi sangat pendiam and terlalu fokus. Dengar macam best kan. Eh bagus lah fokus. Yes, fokus sampai satu tahap bila saya panggil pun dia tak dengar. Kalau dengar pun dia buat tak tau atau dia akan cuba 'delay'kan apa yang saya mintak dia buat waktu tu. 

'ahnaf, jom mandi'
'Kejap la ibu. Ahnaf tengok upin ni'

Itu kalau dia terus nyahut. Kadang dia biiar je ibu dia terjerit-jerit macam tarzan. Dah naik volume suara ibu baru dia jawab. Kau rasa??

Ok. Jangan emo sangat. Ni cerita aje.

Next, Ahnaf dah mula abaikan segala permainan dia. Biasa la budak, mainan dia sebilik. Ok tipu. Tapi banyak la. Bila hadap gajet, dia dah tak heran la segala lego, kereta, litar F1 tu pun dia x main dah. Dan permainan tu dibiarkan main sendiri dalam kontena kat bilik mainan dia tu. 

1/4 dari kereta mainan Ahnaf

Macam best sebab permainan tak bersepah. Tapi ibu-ibu sekelian, best untuk kita tu sebenarnya tak bagus untuk anak kita. Sebab, bila dia bermain, otak dia akan berfungsi dengan baik. Dia akan imagine macam-macam mengikut kreativiti dia. Segala motor skill dia akan improve. Contoh kalau dia main kereta kat litar F1 dia tu, siap dengan bunyi bagai. Bunyi kereta ni membantu dia untuk bercakap dengan lebih fasih. jejari halus dia pegang kereta tu membantu penambahbaikan saraf tangan dia. Kalau main game kat tab, cuma 1 jari je guna kak oi. Tang mana nak berkembang nye tu.

Ok kali ni saya yang emo.

Lepas tu Ahnaf dah pandai tantrum. Ko tak penah dengar ape benda tantrum ni, ha sila tanya pakcik google. Bila kita nak guna fon yang dia tengah guna tu, dia akan tantrum sampai bengkak-bengkak segala mata telinga hidung termasuk la bibir. 
Atau pun kita tak kasi dia main game. Ha gini lah jadinya. Segala kemahuannya perlu di turuti bak Raja di singgahsana. Banyak cantik!

Gambar lepas tantrum
OK. Seterusnya, jadual harian dia bercelaru. Ahnaf ada jadual dia sendiri. Bukan la seperti jadual waktu kelas atau jadual bertugas. Tapi saya sebagai ibu yang garang dan berdisiplin (amboi macam guru disiplin pulak) dah tetapkan time makan dia, time main, time tidur. Dalam range waktu la. Tak de la pukul 2 kene tidur whatever it is. Itu bukan style guru disiplin. Tu style komunis. 
Cuma ahnaf akan tidur tengahri. Waktu mula tidur antara pukul 1- 2. Sebab lepas pukul 2 kalau baru nak tidur, nanti dia akan bangun lambat dan akibatnya malam dia tidur lambat. Sapa yang sudi nak tunggu oi.
Tapi! Ha ko nampak tanda seru tu. Baca kasor sikit. Bila dengan gajet, jadual dia lintang pukang. Makan kemana, mandi kemana, tidur kemana. Dek sayangkan gajet tu. Sudahnya bila dia ngantuk, dia meragam. Buat perangai yang boleh buat ibu dia ni tuka kaler. Sapa yang penat? Ahkak jugak dik.

Ahnaf dengan gajet belum la sampai mengganggu masalah kesihatan dia. Tapi takkan nak tunggu sakit baru nak cegah kan. Akak sayang anak akak dik.

So,
Cegah la sebelum parah. Sebelum perkara yang tak diingini berlaku. Kalau kata nak avoid kan terus dari gajet, kesian jugak. Zaman ni zaman dia. Macam kita dulu la. Kata la mak kita tak bagi main tenteng kat luar. kan ketinggalan jadinya. 
Gajet ni nak belajar kejap aje. Jadi, kita fokus yang mana yang lebih susah nak ajar. Sekarang ni Ahnaf dah kurang sangat-sangat dengan gajet, cuma bila abah dia, or pakcik  makcik dia main game kat henpon, masa tu dia sibuk la mintak, dan sebagai ibu yang cemerlang dan kreatif, akan ku cuba alihkan perhatian dia selagi mampu. 

Masih dalam proses lagi. Nak di kata kan berjaya tu baru 50% la. Masih berusaha untuk biar dia free from gajet. Doakan anak-anak saya boleh membesar dengan sihat dan cemerlang. 

Ahnaf tanpa gajet. Jadi tobot katanya

Ha lupa nak bagitau. Sekarang ni dalam proses nak cegah si adik Aishah Humairah pulak dari pengaruh gajet. 


Semoga bermanfaat.

Sunday, May 1, 2016

Pengetahuan tentang EMAS

Assalamualaikum semua. 

Dah tengah-tengah malam ni, cik ebby rasa terpanggil untuk kongsi sedikit ilmu tentang EMAS. Apa yang buat cik ebby terpanggil nak kongsi ilmu ni sebab ada seorang penyimpan emas (Gold saver), dia baru sangat-sangat nak libatkan diri sebagai gold saver. Memang zero knowledge pasal emas. Yang dia tau barang kemas aje. Itu pun tak tau berat, tak reti harga dan banyak benda dia tak reti.

Jom ikuti dialog di bawah ye..

Gold saver: Assalamualaikum kak abby, nak tanya, emas 1g berapa eh?
Cik abby: waalaikumussalam, Emas apa tu? 999 ke 916?
Gold saver: erm..erm.. apa beza?
Cik abby: emas 999 ada gold bar, dinar dan syiling. Emas 916 tu barang kemas.
Gold saver: Ooo. Kalau 916 berapa?
Cik abby: (tepek senarai harga). 
Gold saver: Kak abby, nak beli emas 916 1g (ok kat sini nampak dah yang dia x paham)
Cik abby: Emas 916 kene pilih barang kemasnya. Berat nye bergantung kepada barang kemas. Kalau emas 999 baru ada diorang buat 1g.
Gold saver: Oo..ye ke. Erm..erm.. boleh la gold bar tu.

Ok, cik ebby bukan nak blame dia. Bagus Allah hantarkan cik ebby orang seperti itu, untuk bukak mata cik ebby bahawa ramai lagi masyarakat kat luar sana yang zero knowledge tentang emas. Ok. 

Mungkin ada antara pembaca yang sama situasi dengan gold saver ni. Semoga dapat sesuatu dari apa yang di kongsikan. Berminat nak belajar lagi banyak tentang emas, boleh roger cik abby aje ye.



Stokis EMAS Powergold
Siti Fabillah Mohd Yunos
0196624455
Fb: Siti Abby

Monday, April 25, 2016

Tips Mengurus Kewangan

Assalamualaikum semua.

Ada tips yang cik ebby nak kongsikan dengan semua pengunjung blog cik ebby. Semestinya tips ni akan menjadi tips yang sangat berguna pada setiap orang sebab setiap antara kita ni semua tak lari dari pengurusan kewangan. Kalau tak urus syarikat besar-besar pun, kita urus kewangan keluarga kan.

Dan percaya tak, sebelum kita boleh urus duit juta-juta, kita kene pandai urus duit sepuluh ringgit dulu.

Jom check it out. Tips dari DAO.





Tips dari Dr. Azizan Osman.

Jom merancang kewangan sebelum terlewat

Waktu pagi

  • Pagi adalah waktu kita 
    • Sedekah
    • Jemput rezeki melalui Dhuha
    • Berzikir dan selawat
  • Jangan keluarkan duit dari ATM
  • Jangan bayar pinjaman bank
  • Jangan bayar hutang

Semua untung bersih atau gaji bersih mesti diagihkan ke dalam 6 tabung..
  1. Tabung NEC 55%
    • Singkatan kepada necessity @ keperluan
    • Keperluan seperti perbelanjaan rumah, bayar sewa rumah, kereta, bil.
  2. Tabung FFA 10%
    • Financial freedom account
    • Maksudnya simpanan tetap kita. 
    • Tabung ni jangan guna langsung untuk tempoh masa yang panjang, Contoh: 10 tahun.
    • Pilihan simpanan untuk FFA
      • Unit trust
      • ASB
      • Fixed deposit
      • Tabung haji
      • EMAS
      • (yang penting kita dah cipta passive income untuk kehidupan di masa hadapan.
  3. Tabung LTSS 10%
    • Long term saving for spending
    • Ini adalah simpanan jangka masa panjang untuk dibelanjakan
    • Contoh: kumpul duit untuk beli handfon, deposit kereta dan lain-lain
  4. Tabung FUN (PLAY) 10%
    • Duit dari tabung ni boleh guna untuk holiday, belanja makan atau reward diri. Senang cerita untuk joli la.
  5. Tabung EDU 10%
    • Ini adalah tabung pendidikan
    • Untuk siapa? untuk anak-anak, untuk diri sendiri kot-kot nak sambung belajar, untuk pergi kelas motivasi ke, coaching ke, nak beli buku ke. Majukan diri dan akan ada rezeki lain untuk anak-anak.
  6. Tabung charity 5%
    • Yang ni paling penting. Gunakan untuk sedekah dan derma.
    • Wajib ada sebagai kebajikan kita nak bantu orang lain.
    • Saham akhirat
💥💥INGAT!!💥💥

JANGAN jadi PEROMPAK kepada business kita sendiri!!

Besarkan kapasiti tabung anda supaya kita boleh masukkan labih banyak rezeki.

Untuk mengelakkan kebocoran wang, 
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET,
Dengan istilah lain Duit yang berkat.

BANYAKKAN SEDEKAH dan keluarkan zakat pendapatan.

Kebocoran berlaku sebab duit yang bukan hak kita, kita gunakan sewenang-wenangnya. Ingat ye, walau gaji kita, kita yang penat bekerja, Tapi ada rezeki orang lain didalamnya.

Banyak faktor akan menyebabkan kebocoran duit. Dapat gaji je, kereta rosak, anak-anak tak sihat. Jadi jom kita cek diri kita. Audit diri kita.

Jaga hubungan dengan Allah,
Jaga hubungan dengan manusia, ibu bapa, pasangan dan anak-anak,
Jangan berdendam pada sesiapa,
Maafkan orang,
Jangan sakitkan hati orang.

Mohon maaf dan memaafkan orang adalah perkara yg terbaik..




Stokis EMAS Powergold
Siti Fabillah Mohd Yunos
0196624455
Fb: Siti Abby

Sunday, April 10, 2016

Blog under construction

Assalamualaikum semua..
Maaf ye.. Blog comel cik ebby ni masih under construction. Banyak benda yang saya nak edit. Walau bagaimana pun, pengunjung blog masih boleh dapatkan info dari blog comel saya ni.

Maaf atas segala kekurangan. Maklumlah, blog buat sendiri oleh orang yang zero knowledge pasal blog.

Terima kasih.

Monday, March 28, 2016

Tips musim panas

Assalamualaikum semua. Suka cik ebby dapat kongsikan tips menghadapi musim panas. Maklumlah kan, Malaysia sekarang dah ada musim. Musim panas, Bunga, Luruh. Salji je belum lagi. Dunia akhir zaman ni kan. Takutnya.

Eh panjang pulak leternya. Ok sikit je lagi. Terkini Musim panas di Malaysia sampai ada fenomena Equinox. Matahari terletak secara langsung atas garisan khatulistiwa. Cuaca akan menjadi sangat panas terutamanya pada pukul 12 tengahari sehingga 3 petang. Wallahualam. Yang penting Malaysia sekarang tengah panassssss sangat kan.

Ok, Jom nak share tips musim panas yang cik ebby amalkan dan melalui sedikit pembacaan.