Thursday, December 18, 2014

Marriott Hotel Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t. buat semua pembaca blog bahagia itu pilihanku. Anda semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat insyaAllah.

Kali ni nak cerita pasal trip percutian kami di putrajaya. Penginapan di Marriott Hotel Putrajaya. Tak la percutian sangat sebab segalanya tak dirancang dan cuma 2 hari 1 malam sahaja.

Alkisah sebenarnya, yang dikatakan tak di rancang tu sbb memang tak de dalam schedule pun. Abang ipar ku ada program kat Putrajaya. Katanya bilik peserta kat Marriott Hotel Putrajaya ni berlebih dan dah bayar. Memandangkan tak nak membazir, dia pun ajak keluarga kecil kami bermalam di Marriott Hotel Putrajaya ni.

Kami sampai hari sabtu, dah petang. Sebab pagi tu ku kene jaga test. Sampai je kawasan hotel tu, pergh, sungguh tenang. Terasa la kehidupan orang kaya. Tenang, damai. Jap gi korang tengok gambo Marriott Hotel tu ye.



Amacam? Best kan? Cantik dan sangat tenang. Mau taknya hotel 5 star tu. Luar dah cantik kan. Nanti korang tengok dalam pulak ye. Tapi gambar ni bukan saya yang snap, saya cilok dari website Marriott Hotel tu. Aci tak? Nak belanja korang nye pasal la ni. Kang kot tak dapat bayangkan ketenangan hotel tu. kihkih..

Ok. Sampai je kitorg check in dulu. Pastu naik lift menuju ke bilik. Yang best nye, security kat sini tiptop. Mana taknya, kalau takde kad kunci bilik tu, tak leh de nak naik lif ke atas tau. Sebab kene swap kad tu dulu baru boleh tekan level berapa nak gi. Baguskan. Tapi boleh je kalau nak tumpang kad kunci orang lain. Hihi.





Ni la gambar bilik kitorg. Syukur sangat ada peluang menginap hotel gini. Tapi yang buat ku risau adalah katil separate tu, litle hero yang tidur lasak ni.Takut bangun sok pagi dah kat bawah. Haha. Kitorg rehat sekejap kat bilik (en suami ku sempat terlelap), pastu nak g tapak karnival (program opis abg ipar ku). Kat tapak karnival ni ada jualan barangan dari felda, n of kos ada mainan angin tuk kanak2. Mainan angin tu pe benda, saya pun x tau nak cakap camne. Tengok gambo ye.


Ha..mainan ni la. Tergolek tertonggeng ahnaf di buatnya. Mana taknya, main dengan budak2 besar, baru nak diri dah ada yang lompat sebelah dia, tergolek lagi. Yang penting diorg enjoy. Lepas makan, kitorg balik hotel balik. Cadangnya malam tu nak g jalan2 kat masjid, tapi budak2 dah kehabisan batery, budak konon, mak abah eyh sekali, so kitorg pakat jalan2 kat lobby hotel je.

Baru ku perasan ada kete Bently (betul ke eja) plat 101 lagi parking kat depan lobby hotel tu. Pergh. Empunya 101 resort punya kereta kot. Pastu ada pulak Ferrari, Porche, BMW. Tak kecik2 kereta diorg ni. Rasanya kereta ku la yang paling Malaysia sekali. Orang lain sume kete mahal. Tak pe. Satu hari nanti. Dah jalan2 tengok kereta mewah tu, lapo la pulak. En suami malas nak drive katanya. So kitorang pakat makan kat cafe je la. Cafe Marriott Hotel u. Order Chicken chop. Mahal. tapi puas hati. Sebab sedap. Bahan2 yang di gunakan pun yang mahal2. So sesekali apa salahnya kan.

Esoknya, of kos aktiviti untuk anak2. Memang niat nak bawak diorang g mandi swimming pool. Tapi sebelum turun mandi, dak Ahnaf ni panaskan badan dulu ha.

Tengok la cucu sapa yang bergaya sangat ni ha

Abah Ahnaf pun panaskan badan jugak
Letih ngojut yang bosa ni. Hadoi. Lepas je Ahnaf minum susu, kitorg pun turun mencari swimming pool. Enjoy the photo ok.



Cantikkan. Nala punya besar swimming pool dia. Ni pulak aktiviti anak2 ni.





Enjoy sungguh bebudak ni. anak hepi mak abah nye pun happy. Lepas ni siap2 check out. Sebenarnya ada kiddie home untuk bebudak main. Tapi memandangkan masa suntuk untuk kitorg terus enjoy, so may be next time ye anak2.

Alahai comotnya anakku




Ok. Sekian sahaja episod percutian kami di Marriott Hotel Putrajaya. Pada korang yang tengah survey2 Hotel area putrajaya ni, saya memang suggest la Marriott Hotel Putrajaya ni. Kalau ada rezeki, mungkin kami akan ke sini lagi. Terima kasih semua yang sudi luangkan masa membaca.

Siti Fabillah,
0196624455

No comments:

Post a Comment