Friday, September 12, 2014

Aku Seorang Ibu

Pelbagai dugaan di tempuhi demi melahirkan putera sulong. Allah tahu aku kuat sedangkan aku sendiri tak tahu yang aku kuat. Kerana Allah menguji pada hambaNya yang mampu. Lahir nya putera sulong ku bererti aku kini bergelar seorang ibu. Ibu kepada Muhammad Ahnaf Syafie bin Mohd Faiz. Lega rasa bila anak yang di lahirkan cukup sempurna. Sempurna akal, sempurna sifat. Suara dia pun, merdu yang amat. Mau taknya, kalau menangis, satu wad runsing. Bakal Qari ku jawab setiap kali orang tegur suara dia. Mudah2an makbul. Amin..

Sebagai ibu baru, yang tak de pengalaman, Ahnaf lambat dapat susu. Sebab lambat dapat susu, Ahnaf kene demam kuning. Nurse yang tengok Ahnaf kata mungkin kene tahan wad. Aku da risau sangat. Setiap nurse yang datang cakap benda yang sama. Air mata tak tertahan lagi. Aku tak tahu apa yang aku rasa, yang aku tahu air mata aku tak berhenti mengalir. Mungkin sebab mengenangkan anak yang baru lahir, baru mengenal dunia, dah nak di lakukan macam2 oleh manusia.

En suami cuba menenangkan diri. Katanya kalau nak anak sihat, kita kene kuat. Sikit je. Demi kesihatan dia, daripada macam2 masalah nanti. Aku pasrah. Nurse suruh aku dan husband register anak di wad kanak2. Aku naik ke tingkat 6 wad kanak2. Ramai sangat bayi kat situ. Ada yang bertunggu. Ada yang keseorangan. Wad penuh kata nurse kat wad kanak2. Aku nekad, kalau aku tak dapat wad, Ahnaf tak kan admit. Sebab aku ada ternampak seorang bayi menangis dan tak de siapa yang pedulikan dia. Mungkin semua orang busy. So aku tak nak anak aku jadi macam tu. Alhamdulillah, ada orang yang cek out. So aku dapat wad.

Kata doctor wad kanak2 tu, aku kene cek out wad bersalin dulu, so kene turun balik ke tingkat 1. Baby macamana? Doctor kata tak pe, baby diorg jaga. Aku tak percaya. Tapi aku pasrah. Turun bawah cek out. Then naik balik. Tengok anak ku tido dlm tempat dia tu kat tepi dinding. Alahai anak, sampai hati diorang letak dan biarkan awak kat sini. Ku tanya nurse yang lalu. Jawapannya tak tahu. Pergh. Kesabaran teruji. Ku bawak anak ke sebelah katil. Ku selawatkan. Tak perasan tangannya da di cucuk. Alahai anak. Kejamnya manusia. Inilah dunia nak. Semoga awak kuat.


Tengok la tangan Ahnaf da kene cucuk

Ni sebab kuning dia tinggi. Tu yang berlenggeng je tu

Ahnaf kene injection antibiotic selama 6 kali. Sehari dua kali. Maksudnya kene tahan wad 3 hari untuk habiskan antibiotic tu. Baru lahir, badanmu di penuhi chemical. Bertahan lah nak. Esoknya kuning Ahnaf tinggi. Aku menangis lagi. Mau taknya, anak di biarkan tak berbaju, Cuma pakai pampers. Matanya di lekat dengan kapas. Dan Ahnaf d letakkan di bawah lampu. Aku redha. Demi kesihatan buah hatiku. Segalanya yang terbaik untukmu sayang. Petang hari kedua, nurse datang untuk injection antibiotic yang ke 4, malangnya saluran injection yang pertama tersumbat. Kata nurse kene cucuk yang lain. Aduhai, aku tak rela. Tak rela anakku di sakiti lagi.

Aku call en suami, ceritakan hal yang terbaru. En suami seperti biasa, katanya sabar itu yang terbaik. Kebetulan masa doctor ambik Ahnaf untuk di cucuk kali ke dua, en suami dah ada di wad. Waktu melawat petang. En suami pesan dengan doctor, sekali cucuk je ye. Sebab ada kes baby lain yang d cucuk berkali2. Dia cuba yang terbaik kata doctor. Ahnaf di bawa ke bilik suntikan. Yang pasti, dia tak benarkan ibu bapa masuk. Dari wad, aku dengar suara merdu Ahnaf menangis kesakitan. Allahuakbar, hati ibu mana yang tahan dengar anak kesakitan, tapi ibunya tak dapat buat apa2. Kali ni bukan aku je, en suami pun nampak macam kalah bila dia sendiri kene dengar suara anak kesakitan. Dan sebagai bapak dia cuma boleh dengar dan tak boleh nak buat apa2. Apalah salahmu nak.

Ahnaf di serahkan pada kami dalam keadaan tidur. Tangan yang di cucuk berpindah, yang tersumbat itu sebelah kiri, kini sebelah kanan. Bila di teliti tangan yang sebelah kiri, banyak kesan cucuk. Maknanya ahnaf sama kes dengan baby lain tu. Tangannya di cucuk sesuka hati. Masa tu ibu kat bawah cek out. Sorang2 hadapi kesakitan. Anak kecil berumur 2 hari. Allahuakbar. Besar cabaran anak ibu nak hidup.

Alhamdulillah, hari ke tiga, aku dan Ahnaf di benarkan balik. Setelah sebulan, genap sebulan aku berkampung d hospital. Kata abah Ahnaf, dah ye, tinggal kan semua penyakit kat sini, kita balik dan jangan berpaling lagi. Terlepas dari seksa hospital, Ahnaf still kene follow up cek up kuning nya tu. Ahnaf demam kuning lama. Sampai da sebulan. Dari seremban bawak ke batu pahat Ahnaf di cucuk.

Dah kat rumah, budak demam kuning memang nampak gelap.

Alhamdulillah, Ahnaf sekarang sihat sehingga hari ini. Cuma kene sakit yang minor. Doakan Muhammad Ahnaf Syafie sihat, di jauhkan penyakit berbahaya dan membesar jadi anak yang soleh. Amin.



Dengan ibu. Tengok la happy nya dia.

Ni dengan abahnya

Sekian.

No comments:

Post a Comment