Thursday, September 25, 2014

Ku yang dulu, bukanlah yang sekarang

Alhamdulillah, setelah sekian lama meminta, akhirnya Allah temukan aku dengan dia. Sejak berhenti keje sebagai part time lecturer di Melaka, inilah doa ku tak putus2. Allah perkenankan.

Sejak dengan dia, aku banyak sangat berubah. Dulunya malu, dulunya tak reti, dulunya d kepulauan alasan, dulunya serba tak kena, dulunya tak cukup masa. 

Ku kini berubah 360 darjah. 

Dulu masa bujang selalu tak sempat, dah kahwin apatah lagikan, ni dah ada anak pulak, tapi dengan dia, semuanya ku sempat. Dah pandai urus masa. Dah pandai plan setiap malam untuk apa kerja yang akan di lakukan esok.

Dulu malu, setiap kali jumpa orang, nak citer pasal dia, ku malu. Takut orang tak nak dengar, nak bagi gambar dia, ku takut orang tak nak tengok, tapi sekarang, sebab dah cinta, ku rs seronok nak bercerita tentang yang di cintai. Nak jugak orang lain sama2 rasa manisnya jatuh cinta. Nak jugak bantu orang lain rasa seronok dengan cerita ku. So malu dah kurang.

Dulu tak reti, nak cakap apa pun tak reti, nak buat apa pun tak reti, nak mula dari mana pun tak reti, tapi sekarang, kerana bersama dia, aku banyak belajar, ada yang sudi membantu, ada yang sudi ambil berat, ada yang sudi menangis dan ketawa bersamaku.

Dulu kepulauan alasan ku hidup subur, aku rasa sangat2 cukup dan bersyukur dengan apa yang ada. Tapi bila dengan dia, dia ajar aku berapa banyak sepatutnya aku perlu beri pada mak abah, berapa ramai adik2 yang perlu aku bantu, berapa ramai orang islam yang perlu d bangkitkan. Kini, kepulauan alasanku sikit2 tenggelam. Aku dah mula nak membantu ramaaaaaiiii orang. Duit kini jadi yang ke dua, yang utama adalah ingin memberi, terutama pada diri sendiri, pada yang tersayang, pada saudara2 ku.

Kini aku seorang yang baru, dari asalnya agama sebagai sampingan, sekarang Alhamdulillah berubah. Ku kini lebih pentingkan memberi daripada menerima.

Selain dapat pertambahan saudara, aku juga punya mak, nenek, onyang dan keatas yang sangat2 sentiasa membantu ku.

Alhamdulillah, ku kini punya income sendiri, banyak atau sikit, aku yang tentukan. Kerajinan juga izin dari allah yang menentukan pendapatan bulanan ku. Yang seronoknya, ianya pernah mencecah 4 angka.

Terima kasih Allah sebab temukan aku dengan Shaklee. Business ini banyak merubah hidupku.

Jika teringin nak ubah hidup seperti saya..
Hubungi saya ye..
Nanti saya ajar step by step..

Siti Fabillah Mohd Yunos
0196624455

Friday, September 12, 2014

Aku Seorang Ibu

Pelbagai dugaan di tempuhi demi melahirkan putera sulong. Allah tahu aku kuat sedangkan aku sendiri tak tahu yang aku kuat. Kerana Allah menguji pada hambaNya yang mampu. Lahir nya putera sulong ku bererti aku kini bergelar seorang ibu. Ibu kepada Muhammad Ahnaf Syafie bin Mohd Faiz. Lega rasa bila anak yang di lahirkan cukup sempurna. Sempurna akal, sempurna sifat. Suara dia pun, merdu yang amat. Mau taknya, kalau menangis, satu wad runsing. Bakal Qari ku jawab setiap kali orang tegur suara dia. Mudah2an makbul. Amin..

Sebagai ibu baru, yang tak de pengalaman, Ahnaf lambat dapat susu. Sebab lambat dapat susu, Ahnaf kene demam kuning. Nurse yang tengok Ahnaf kata mungkin kene tahan wad. Aku da risau sangat. Setiap nurse yang datang cakap benda yang sama. Air mata tak tertahan lagi. Aku tak tahu apa yang aku rasa, yang aku tahu air mata aku tak berhenti mengalir. Mungkin sebab mengenangkan anak yang baru lahir, baru mengenal dunia, dah nak di lakukan macam2 oleh manusia.

En suami cuba menenangkan diri. Katanya kalau nak anak sihat, kita kene kuat. Sikit je. Demi kesihatan dia, daripada macam2 masalah nanti. Aku pasrah. Nurse suruh aku dan husband register anak di wad kanak2. Aku naik ke tingkat 6 wad kanak2. Ramai sangat bayi kat situ. Ada yang bertunggu. Ada yang keseorangan. Wad penuh kata nurse kat wad kanak2. Aku nekad, kalau aku tak dapat wad, Ahnaf tak kan admit. Sebab aku ada ternampak seorang bayi menangis dan tak de siapa yang pedulikan dia. Mungkin semua orang busy. So aku tak nak anak aku jadi macam tu. Alhamdulillah, ada orang yang cek out. So aku dapat wad.

Kata doctor wad kanak2 tu, aku kene cek out wad bersalin dulu, so kene turun balik ke tingkat 1. Baby macamana? Doctor kata tak pe, baby diorg jaga. Aku tak percaya. Tapi aku pasrah. Turun bawah cek out. Then naik balik. Tengok anak ku tido dlm tempat dia tu kat tepi dinding. Alahai anak, sampai hati diorang letak dan biarkan awak kat sini. Ku tanya nurse yang lalu. Jawapannya tak tahu. Pergh. Kesabaran teruji. Ku bawak anak ke sebelah katil. Ku selawatkan. Tak perasan tangannya da di cucuk. Alahai anak. Kejamnya manusia. Inilah dunia nak. Semoga awak kuat.


Tengok la tangan Ahnaf da kene cucuk

Ni sebab kuning dia tinggi. Tu yang berlenggeng je tu

Ahnaf kene injection antibiotic selama 6 kali. Sehari dua kali. Maksudnya kene tahan wad 3 hari untuk habiskan antibiotic tu. Baru lahir, badanmu di penuhi chemical. Bertahan lah nak. Esoknya kuning Ahnaf tinggi. Aku menangis lagi. Mau taknya, anak di biarkan tak berbaju, Cuma pakai pampers. Matanya di lekat dengan kapas. Dan Ahnaf d letakkan di bawah lampu. Aku redha. Demi kesihatan buah hatiku. Segalanya yang terbaik untukmu sayang. Petang hari kedua, nurse datang untuk injection antibiotic yang ke 4, malangnya saluran injection yang pertama tersumbat. Kata nurse kene cucuk yang lain. Aduhai, aku tak rela. Tak rela anakku di sakiti lagi.

Aku call en suami, ceritakan hal yang terbaru. En suami seperti biasa, katanya sabar itu yang terbaik. Kebetulan masa doctor ambik Ahnaf untuk di cucuk kali ke dua, en suami dah ada di wad. Waktu melawat petang. En suami pesan dengan doctor, sekali cucuk je ye. Sebab ada kes baby lain yang d cucuk berkali2. Dia cuba yang terbaik kata doctor. Ahnaf di bawa ke bilik suntikan. Yang pasti, dia tak benarkan ibu bapa masuk. Dari wad, aku dengar suara merdu Ahnaf menangis kesakitan. Allahuakbar, hati ibu mana yang tahan dengar anak kesakitan, tapi ibunya tak dapat buat apa2. Kali ni bukan aku je, en suami pun nampak macam kalah bila dia sendiri kene dengar suara anak kesakitan. Dan sebagai bapak dia cuma boleh dengar dan tak boleh nak buat apa2. Apalah salahmu nak.

Ahnaf di serahkan pada kami dalam keadaan tidur. Tangan yang di cucuk berpindah, yang tersumbat itu sebelah kiri, kini sebelah kanan. Bila di teliti tangan yang sebelah kiri, banyak kesan cucuk. Maknanya ahnaf sama kes dengan baby lain tu. Tangannya di cucuk sesuka hati. Masa tu ibu kat bawah cek out. Sorang2 hadapi kesakitan. Anak kecil berumur 2 hari. Allahuakbar. Besar cabaran anak ibu nak hidup.

Alhamdulillah, hari ke tiga, aku dan Ahnaf di benarkan balik. Setelah sebulan, genap sebulan aku berkampung d hospital. Kata abah Ahnaf, dah ye, tinggal kan semua penyakit kat sini, kita balik dan jangan berpaling lagi. Terlepas dari seksa hospital, Ahnaf still kene follow up cek up kuning nya tu. Ahnaf demam kuning lama. Sampai da sebulan. Dari seremban bawak ke batu pahat Ahnaf di cucuk.

Dah kat rumah, budak demam kuning memang nampak gelap.

Alhamdulillah, Ahnaf sekarang sihat sehingga hari ini. Cuma kene sakit yang minor. Doakan Muhammad Ahnaf Syafie sihat, di jauhkan penyakit berbahaya dan membesar jadi anak yang soleh. Amin.



Dengan ibu. Tengok la happy nya dia.

Ni dengan abahnya

Sekian.

Thursday, September 11, 2014

Survival Isteri orang kapal (part 2)

Bila waktu melawat seterusnya (pukul 4:30 petang), of course la en suami ku yang pertama masuk. Muka sangat penat. Mau taknya, marathon masak, cari kereta sewa, drive dari Terengganu sampai Seremban. Tak sempat rehat, menunggu pulak kat luar wad, oh en suami, jasa mu d kenang.

Time melawat ni la doktor terangkan semuanya. Risiko yang aku bakal melahirkan bayi pra matang dan apa pulak risiko jika bayi tu pra matang semuanya lah. Untuk pengetahuan korang, bayi pra matang sangat2 mencabar untuk di besarkan.(Nak tau lebih detail nnt tanya ye). Doktor cakap hanya risiko. Risiko maknanya tak semestinya perkara tu akan berlaku. Semua itu ketentuanNya. Berserah kata doktor. So kami berdoa dan berserah, mudah2an bayi dalam kandungan tu di lahirkan bila tiba waktunya nanti. Dan doktor bagitau lagi yang aku dalam pemantauan, tidak d benarkan balik, tidak d benarkan keluar jalan2 even keluar dari pintu wad tu pun kene berteman. Ku pikir2, nak tunggu cukup bulan, sebulan la nampaknya bertapak d wad.

Petang tu jugak adik beradik sume pakat2 sampai. Penuh kawasan wad tu dengan adik beradik aku je. Aku belum nak bersalin lagi woi. Ni semua Fawaaz la punya pasal. Dia la yang heboh bagitau semua orang yang aku masuk wad. Ke dia salah bagitau yang aku dah nak bersalin, tu yang semua pakat2 datang tu. Tapi Alhamdulillah. Terasa diri ini sangat di sayangi.

Hari pertama berjaya di harungi. Masuk hari ke dua, aku da mula bosan, Da mula kais2 cadar. Bukan cadar aku je, habis cadar pesakit lain sume aku kais. Sorang2 aku tanya apa masalah sampai kene masuk wad. Macam2 kes. Baru aku tau rupanya ada macam2 kes orang mengandung ni. Patut la ibu tu no 1.2.3. sebab bukan kecik2 cabaran yang d lalui. Ayah baru yang ke 4. Rata2 diorang sangat surprise dengan masalah aku. Even nurse pun ada yang terkejut dengan kes aku. Apa ntah si kecik ni buat dalam perut sampai bocor kantung bayi tu. Main bola ke apa dia dalam tu? Ntah la. Hanya Allah yang tau. Sampai sekarang aku masih tak tau punca kantung bayi boleh bocor, sbb doktor pun tak tau. Kalau tak, boleh bagitau korang, so ibu mengandung boleh la berhati2.

Hari ke tiga, en suami da kene pulang ke kapal balik. Sebab dia tinggalkan duit untuk orang kapal makan cuma untuk 3 hari. Katanya dia akan arrange untuk dia dapat balik cuti terus. Aku pun kembali muram. (nangis masa dia kene balik sana, tapi dia tak tau, hihi). So sementara dia masih d Terengganu, mak la yang ganti tempat dia. Setiap kali waktu melawat tengahari n petang, mak akan sampai. Collect segala yang nak d basuh, belikan makanan. Alahai mak, jasamu bukan takat melahirkan, menyusukan dan membesarkan. Tapi sampai anaknya ni dah kawen, dah nak beranak pun, mak tetap treat macam budak2. Sayang mak sangat.

Lepas seminggu, baru en suami dapat cuti. Lama jugak. Kot2 la aku kene melahirkan masa dia jauh, aduh. Tu pun puas dah dia ugut orang opis. Kalau tak buat gitu tak dapat balik kot. So hari2 yang di lalui hanyalah menuggu setiap kali waktu melawat. Sebab duk tunggu en suami datang. Ada jugak mertua ku jenguk sbb dia jaga cucu, so susah skit dia nak datang. Selain dari waktu melawat, aku la yang g melawat orang lain. Pantang ada orang baru admit wad, aku la penyambutnya. Bosan beb. Sok korang lak kene baru tau. (eh, tak baik doakan orang).

Next day, ntah hari ke berapa ntah, aku mintak kak za bawakkan laptop ke wad. Bahaya sbb orang keluar masuk. Tapi aku dah bosan tahap mencarik dinding. So bila ada laptop, banyak yang aku boleh buat. Especially siapkan kerja master aku yang tertangguh. Yang first draft aritu kak lin (kawan kelas master) da tolong hantarkan ke shah alam.  En suami la yang g ambik correction aku kt shah alam. Sesat barat dia. Last2 jumpa jugak. So dari situ la aku boleh betulkan mana yang salah semua tu.

Then, en suami jugak la yang tolong hantar keje tu ke shah alam balik. Senang cerita, aku boleh grad master sem tu sebab dia la. Kalau dia tak sudi, mau extent lagi aku. Last sekali, bila da confirm boleh print, aku mintak tolong kak lin lagi sekali sebab nak print hard cover banyak sangat formatnya. Takut en suami ku pening. So dissertation ku d print sama har aku masuk labour room. Masa kak lin call nak tanya pasal signature, aku da kat dalam labour room.(Jasamu d kenang kak lin).

Citer dalam labour room tu tak yah la ye. Anakku lahir esoknya, hari selasa pukul 1:50 am dan di beri nama Muhammad Ahnaf Shafie bin Mohd Faiz. Sekarang da setahun 6 bulan dah hero kecik tu. Doakan dia sihat sejahtera dan jadi anak soleh dunia akhirat. Amin.

Sekian...