Saturday, February 28, 2015

Hospital Sultanah Nora Batu Pahat

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat berkunjung ke blog cantik manis ku ni.

Alhamdulillah aku baru je selamat melahirkan seorang lagi anak syurga ke dunia ni. Seorang srikandi solehah yang menambah seri keluarga kecil kami. Pengalaman bersalin yang semestinya berbeza dari yang sulong dulu. Pengalaman bersalin yang menambah lagi kasih sayang ku pada seorang yang bergelar ibu. Pengalaman yang menjadikan aku begitu menghargai ibu ku. Eyh..mata dah masuk habuk. Padahal nak citer pasal hospital ni. Hihi..


Ok2..Back to the topic. Hospital Sultanah Nora Batu Pahat. Sebenarnya aku dah kira banyak kali jugak jejak kaki kat spital ni. Tapi datang untuk melawat sedara-menara je biasanya. Kali ni aku datang untuk menerima rawatan. First time aku dapatkan rawatan masa jumpa pakar 26 Januari haritu. First impression, kat bahagian pakar ni bagus, ada sistem dan sangat teratur. Tunggu kejap je, eyh kejap ke, ke aku leka sembang dengan mak tak perasan yang sebenarnya dah lama. Hihi. Doktor pun ok. Katanya aku boleh usaha untuk deliber normal. Setle!

Next, aku datang lagi ke Hospital Sultanah Nora Batu Pahat ni sebab dah ada soft contraction. Maklumlah, dulu tu operation, jadi pengalaman sakit tu tak de sangat. Betul2 rasa contraction lagi 2 jam sebelum masuk OT. Lain2 sume tak rasa. Hihi. Malu. So datang lagi ke Hospital Sultanah Nora Batu Pahat ni 21 Feb malam. Terus di check. Cuma kat sini aku tunggu agak lama. Tapi! Ha..ada tapi ok, Doktor yang ambik kes aku tu lelaki. Sebelum dia nak cek bukaan tu, dia tanya dulu boleh ke dia cek. Aduhai..Peluang untuk aku request Doktor perempuan definitely! Dan..dan.. dia menghormati permintaan ku. GH je yo! Dan lagi, Doktor perempuan yang datang cek tu, suruh doktor lelaki tu tunggu luar n tulis je apa yang dia nak cakap. Nampak tak aib tu terbela di situ. Alhamdulillah! Tapi dalam hati tak abis2 berdoa agar aib ku terpelihara ketika proses nak melahirkan anak syurga ni.

Memandangkan bukaan kecik lagi, doktor kata cuma soft contraction, dia suruh balik dulu sebab rumah mak n Hospital Sultanah Nora Batu Pahat ni tak jauh mana. Yang aku ni duk asyik memikirkan anak sulong tu, terus je bersetuju untuk balik. Sian Ahnaf kene tinggal.

Malam tu contaction meneruskan kerja2nya la. Senang citer, tak leyh nak lena sangat la kan. Kejap menyenget, kejap meringkuk, macam-macam la. So pagi-pagi tu, tengah nak sarapan, sakit datang menyerang. Tapi lum sakit sangat. Cuma sikit-sikit. Sikit ko kata? Yang sikit tu terberenti lah sarapan wei. Kak za ada masa tu, bila dia tengok aku dah dua tiga kali tersenyap dari berkata-kata, tersenyap dari mengunyah dan tersenyap dari segalanya la dek menahan sakit tu, dia terus roger bulek (2nd mem). Bulek yang memang jantungan orangnya tu terus suruh abah siap mandi, suruh icah roger mak kat rumah sebelah. Padahal aku masih rileks minum teh o. Hihi. Terasa diri di sayangi.

Sampai je hospital, kali ni aku dah tak leyh nak jalan dah. Boleh je, tapi kejap berenti, sebab contraction tu la. So mak decide untuk tolak aku guna wheel chair. Sementara abah g parking kereta. Mak nak tolak? Dengan beg lagi. Aku dah la 76 kg time tu. Aku cakap mak tak pe. Kita jalan pelan-pelan. Tapi dah namanya mak kan. Dia mintak jugak wheel chair tu. Alhamdulillah, orang hospital yang tolakkan aku yang tak bape nak ringan ni sampai ke wad bersalin. Siap ambik kad pink dan serahkan ke kaunter. Terbaik!

Proses yang ku lalui macam biasa la. Cek bukaan dan aku di hantar ke wad. Tapi sebelum tu, Ha yang ni aku tension skit sebab Doktor yang nak tulis laporan pasal aku tu ambik masa bapak lama. Ha! Bapak lama hokey! Aku dah la kesakitan. Pucat-pucat lesi aku tunggu. Sib baik sakit, kalau tak sakit mau aku tanya dah Doktor tu Apahal Lambat Sangat? Tu la sakit tu mengajar ku erti sabar. Kihkih..

Bila dah masuk wad, layanan baik walaupun daku cuma duk kelas 3. Tak sanggup nak pindah bagai sebab kelas 1 dan kelas 2 nya jauh. Yang aku tau sekarang nak baring dan tido je. Tapi dah namanya sakit kan, memang bertuah kalau boleh lelap. Nurse wad sangat caring, dia nengok aku baring, terus dia tanya, sakit macamana. Suggest aku suruh mintak doktor cek. Bila bukaan dah ok, dia tolak aku ke katil untuk siapkan diri ke labour room, dia suruh aku makan dulu siap-siap. Katanya nanti tak de tenaga. See..Sangat caring. Siap kemaskan beg aku hokey! Sampai labour room dia tanya nak doktor apa. Aku request female and strictly diorang tak bagi Male Doktor masuk. Terbaik!. Nurse kat labour room pun terbaik. Ajar aku macam-macam ayat. Ajar cara untuk biar baby mudah turun tanpa kejungkan badan menahan sakit. Masa proses melahirkan, mereka sangat supportive. Selepas baby dah lahir pun mereka sangat menjaga aku. Sangat puas hati bab menjaga keaiban dan keselesaan lah. Super best.

So sesiapa yang tak de pengalaman menggunakan servis Hospital Sultanah Nora Batu Pahat ni, kalau bab nak bersalin tak yah risau. Alhamdulillah. Saya puas hati. Tq Doktor. Tq nurse. Jasamu hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sekian.

p/s: waktu melawat hospital ni sama macam hospital lain.

Ahad - Khamis 
: 12:30 tengahari - 2:00 petang
: 4:30 petang - 7:00 malam

Jumaat, sabtu & cuti umum
12:30 tengahari - 7:00 malam

Tapi wad bersalin hari-hari adalah sama macam waktu melawat ahad - khamis tu ye.






Ingin mendapatkan vitamin terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan vitamin terbaik pada harga ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan hanya dari rumah?


Sila hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda.



✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby.blogspot.com
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

Saturday, February 21, 2015

Perjalanan Penyusuan Anak Sulong (part 1)

Assalamualaikum ibu-ibu..

Saya teruja untuk berkongsi pengalaman menyusukan anak sulongku. Kenapa teruja? Sebab pengalaman yang sangat memberi ilmu yang super banyak pada ibu baru seperti diriku.



Sebagai ibu baru, tak di nafikan memang daku tiada langsung ilmu dan pengalaman. Nama pun ibu baru kan. Tapi tu bukan alasan untuk tiada ilmu ye. Tak de pengalaman tu memang la kan. Sebab tu bila jumpa kawan-kawan yang preggy, jumpe kat mana-mana pun, baik di offline ataupun online, daku akan nasihat untuk gali ilmu penyusuan. Bukan nak takutkan, cuma tak nak diorang jadi macam diriku ini. Nangis wo. Okeh dah melalut plak. Back to the story.

Ahnaf anak sulong ku itu di lahirkan secara czer. Belum masanya nak keluar. Tapi doktor nak suh keluar jugak. Maka operate la akhirnya. Biasa ibu lepas operate ni memang terbaring je 6 jam lepas operate tu, sedangkan anak yang baru keluar tu nak kene di susukan paling lambat pun sejam selepas di lahirkan. So camne? Dengan badanku yang masih belum menghasilkan susu lagi masa tu. Dengan sakit lagi kan. Serba serbi tak tau. So anakku di beri susu hospital. Aduhai. Sedihnya tak terkata masa tu. Sebab memang niat nak susukan anak sepenuhnya. Tapi tu la. Kita hanya mampu merancang, Tuhan adalah perencana terbaik. Berani ko nak lawan?

Bila dah boleh bangun, daku request breastfeeding nurse untuk datang ajar cara yang betul menyusukan. Yes. Perlu di ajar ye. Menyusu bukan perkara yang mudah untuk orang yang tiada ilmu dan pengalaman macam aku ni. Yang bestnya Nurse tu siap urut lagi untuk ransang susu. Dia urut belakang badan. Alhamdulillah, lepas kene urut, badanku dah menghasilkan susu awal. Orang panggil kolostrum. Yang ni make sure anak dapat. Untuk antibody anak tu.

Maka rasmilah anakku minum susu ibunya sendiri. Tapi sebab anak ku dah biasa dapat susu hospital, dia tak pandai minum susu badan. So terpaksa la si ibu ni perah dan suapkan sikit-sikit ke mulut anak syurga tu. Di sebabkan lambat dapat susu badan, Ahnaf kene demam kuning. Yes! Lambat dapat susu ibu merupakan faktor penyebab demam kuning hokey. Tobat anak kedua nnt, akan ku pastikan susu ibu d beri secepatnya. Ok, sebab demam kuning tadi, Ahnaf kene tahan wad. Hikmahnya kene tahan wad ni aku d ajar cara menyusukan bayi dengan betul. Alhamdulillah. Ahnaf dah boleh direct feeding dari ku.

Maka bermula lah episod penyusuan yang sungguh menyeronokkan. Tak dapat kat mana-mana wei..

Bersambung..

Psst: Boleh jenguk blog ini untuk info-info penyusuan



Ingin mendapatkan vitamin terbaik untuk andadan keluarga?

Ingin mendapatkan vitamin terbaik pada harga ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan hanya dari rumah?

Sila hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda.


✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia


Sunday, February 15, 2015

Simpanan Terbaik Untuk Anak-Anak

Assalamualaikum w.b.t. para pengunjung blog bahagia itu pilihanku..



Sememangnya sejak jadi ibu ni, asyik duk pikir je nak buat simpanan terbaik untuk anak. Sejak anak lahir lagi kan. Ada tu jenis yang terlebih excited, dari dalam perut dah pikir nak buat saving untuk anak-anak. Nak pilih medical insurance yang ada simpanan siap sume kan.

Kitorang adik beradik memang mak bukak kan akaun tabung haji sorang satu. Siap mak abah potong gaji lagi masuk akaun kitorang.

So, bila dah ada anak ni, saya pun mula la terpikir-pikir saving untuk Ahnaf anak bertuah ni. Bila dah short listed, tinggal la tiga ni. Antara ASB, SSPN dan tabung haji. ASB katanya dividend tinggi. SSPN boleh untuk pendidikan. Tabung haji pulak dividend boleh tahan, siap ada zakat, siap boleh kalau nak daftar haji. Ha? Ada yang tak tau kan. Anak kecik kita yang dah ada akaun tabung haji, dah boleh di daftarkan untuk pergi haji tau. Tak de la diorg g haji bila dah tua nanti kan. Sebab maknya yang dah tua baru nak daftar, bakal umur 60++ la baru dapat gi haji. Semoga Allah menjemput kami. Amin.

Di sebab kan tabung haji terbaik, jadi kami suami isteri memilih tabung haji sebagai simpanan pertama Ahnaf. Duit lahir dan duit raya sume kami masukkan kat akaun tabung haji Ahnaf.

2015 pun menjelma. Memandangkan mata wang Malaysia yang semakin merundum, harga barang jadi naik melambung. Jadi, sebagai ibu yang ada pengetahuan pasal pelaburan dan matawang ni (kata orang akaun kan), saya rasa rugi sangat kalau simpan duit. Yes perlu ada simpanan duit, tapi bukan 100%. (dont put all eggs in one basket). Chewah, speaking london gitu. Tapi tu memang cogan kata orang-orang yang selalu masuk pelaburan ni tau.

Betul la. Tak tipu.

Kaji punya kaji, kami memilih untuk bahagi dua simpanan Ahnaf. Duit pun ye, dan setengah lagi kami buat sesuatu.

Jeng..jeng..jeng..

Setengah lagi bahagian tu kami beli emas. No..no..no.. Jangan salah paham ye. Bukan emas tu perhiasan ibunya hokey, tapi emas gold bar. Itu yang kami pilih. Dan sekarang, setiap bulan saya akan pastikan saya simpan emas sekurang-kurangnya 1g setip bulan.


Simpan kat mana tu rahsia. nanti klo saya bagitau, korang rompak plak kan. Kihkih..

Berminat boleh hubungi saya, sebab dek kerana teruja dengan emas, En husband sekarang dah jadi ahli. Dapat la beli emas dengan harga murah. Yeay! Yang terkini, saya pun dah daftar. Siap jadi stokis terus.

Dan seriusly, niat nak menyimpan sekarang dah jadi pendapatan tambahan pulak. Tak pasal-pasal dapat duit tambahan. Jadinya duit beli emas setiap bulan tu hasil dari simpanan emas ni tau. Tak usik duit gaji. Ha.. Kau ada?

Kalau nak ada macam kami, meh pm ke, wasap ke..kot teruja sangat, nak call pun boleh tau. Kita sembang blink blink gitu. Dah kata emas ye dak.



Ingin menambah pendapatan dengan EMAS?

Ingin jadikan EMAS sebagai simpanan?



Hubungi kami..

Stokis EMAS Powergold
Siti Fabillah Mohd Yunos
019-6624455
Syamairagoldlegacy@yahoo.com.my
www.facebook.com/syamairagoldlegacy

Tuesday, February 10, 2015

Ruam susu bayi

Assalamualaikum semua!


Actually Ahnaf tak kene pun ruam susu. Tapi ku terpanggil nak tulis entry ni sebab ramai kengkawan ngadu anak dia kene ruam susu. Gambar atas ni contoh ruam susu yang di alami oleh anak kecik kita. Ruam susu ni macam jerawat tau. Omputih panggil baby acne. Dia akan tumbuh sekitar pipi yang gebu tu, dahi dan kepala. Biasanya terjadi di minggu-minggu awal kelahiran. 

Untuk bayi yang minum susu ibu, sebenarnya bukan susu ibu tu punca ruam. Tetapi apa yang ibu-ibu makan. Contohnya, bayi allergic telur, dan ibu yang menyusukan bayi makan telur. Makan terhasil lah ruam susu. Ingat ye, susu ibu adalah susu terbaik tau.

Ruam susu ni boleh menyebabkan rasa gatal dan jadi punca la bayi tak selesa. Alkisah, bila bayi tak selesa, maknya pun tak rehat la, ye tak? Jadi, kita sebagai ibu perlu mengatasi masalah ruam susu ni. Ataupun ambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan bayi terkena ruam susu.

So harini saya belanja tips untuk mengatasi ruam susu bayi.

  1. Ibu! Hindari penyebab utama ruam susu. Ini untuk ibu yang menyusukan bayi mereka. Jaga pemakanan. Kenal pasti makanan yang menjadi punca bayi allergic. Contohnya: Telur, ayam, daging, ikan, kekacang.
  2. Segera bersihkan titisan susu di pipi bayi. Jangan biarkan susu mengering di pipi bayi.
  3. Jauhkan bayi dari berpeluh. Ini akan memudaratkan lagi ruam pada bayi.
  4. Sapu pipi bayi dengan krim yang bebas paraben dan tiada bahan kimia berbahaya. (gambar atas tu testimoni krim yang selamat untuk bayi).
Semoga bermanfaat

p/s: Kalau berminat dengan krim bebas paraben dan bebas bahan kimia berbahaya tu, boleh roger-roger saya. Special price untuk anda..


Pengedar sah anda,

Siti Fabillah Mohd Yunos (958164)
0196624455
sitifabillah@yahoo.com
COD area Seremban, Senawang, Rasah, Sikamat.
Poslaju seluruh Malaysia


Saturday, February 7, 2015

Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog saya. 



Sebagai ibu bapa, kita mesti nak yang terbaik untuk anak kita kan. Tapi banyak kesalahan yang tanpa kita sedari telah kita lakukan. Saya sendiri selalu nak yang terbaik untuk Ahnaf. Tapi bila terbaca artikle renungan yang saya dapat ni, banyak rupanya yang saya belum buat. Jadi untuk elakkan kesilapan saya di ulangi oleh ibu bapa di luar sana, saya kongsikan artikle yang saya dapat dalam buku mesyuarat PIBG sekolah adik saya (SK Sungai Suloh).

'Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar'. (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari Allah s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian Allah s.w.t. kepada kita hamba-hamba Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW di beritakan telah bersabda: Tahukah kamu siapakah orang yang mandul?
Berkata para sahabat: "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak".
Lalu Rasulullah berkata: "Orang yang mandul ialah orang yang mempunyai ramai anak, tetapi anak-anaknya tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia". (Maksud Al-Hadis).


Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:

  • Saidul (penghulu) Istighfar
  • Doa memohon rahmat (Surah Ali 'Imran, 3: 8-9)
  • Doa memohon zuriat yang baik (Surah Ali 'Imran, 3: 38)
  • Doa agar anak mengerjakan solat (Surah Ibrahim, 14: 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:
  • Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Surah Al-Baqarah, 2:128)
  • Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Surah Al-Furqan, 25:74)
  • Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
  • Menakutkan anak-anak dengan sekolah
  • Menakutkan dengan tempat gelap
  • Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
  • Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.


4. Menegur anak secara negatif
  • Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
  • Membandingkan anak-anak dengan a
  • nak-anak lain atau anak orang lain.

5. Memberi didikan yang tidak seimbang
Antara jasmani (physical), rohani (Spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.


6. Kurang memberi sentuhan kepada anak-anak. Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra': "Ya Rasulullah! Aku mempunyai 10 orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka".
Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata: : "Sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." - (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).


7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.


8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.


9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan lebih baik dari salam yang diberi.


10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.


11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.


12. Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.


13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberi contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.


14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


Banyak lagi sebenarnya. Tapi dalam artikle yang saya dapat ni, hanya ni sahaja isinya. Semoga bermanfaat untuk diri saya sendiri dan pembaca sekelian.


Pengedar sah anda,

Siti Fabillah Mohd Yunos
958164
0196624455
sitifabillah@yahoo.com
COD area Seremban, Senawang, Rasah, Sikamat.
Poslaju seluruh Malaysia

Thursday, February 5, 2015

Ruam panas bayi

Assalamualaikum..

Hai mommies.. Jom kenali ruam panas pada bayi. Sebab ruam ada pelbagai jenis tau. Cara untuk mengatasinya juga berbeza. Jangan salah langkah ye.

Ruam panas terjadi pada kulit bayi apabila keadaan bayi panas. Mungkin di sebabkan faktor cuaca ataupun suhu badan bayi tu sendiri. Macam lepas demam ke. Ruam panas juga di panggil ruam gatal. Rupa parasnya, kulit bayi akan kemerahan dan berbintik-bintik macam jerawat tu. Macam ada air sikit dalam bintik-bintik tu. Biasanya ruam ni akan tumbuh di kepala, belakang dan hadapan badan, pelipat ketiak dan peha dan juga di muka.

Ni la contoh ruam panas
Ada jugak yang tumbuh bintik-bintik besar. Biasanya ruam panas akan hilang dalam tempoh beberapa hari. Ha? Beberapa hari?? Nak hadap seminit pun tak sanggup sebab tengok anak tak selesa. Ini pulak beberapa hari. Adoi.

Saya paham. Ahnaf dulu mengalaminya jugak. Maklum la, pantang musim panas. Abis je pantang, naik ruam tu kat belakang badan dia. Penuh. Bila pecah, kene air semasa mandi, pedih. Dia nangis, dengan ibu sekali la berjujuran. Hihi. Ibu Ahnaf gembeng.

Ada cara untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan bayi tu. Saya share sikit ye.


  1. Memandangkan nama pun ruam panas, jadi kita kene pastikan bayi dalam keadaan sejuk. Contohnya, pakaikan bayi dengan baju lubang-lubang. Jadi kulit bayi akan dapat pengudaraan yang baik. Selain tu, elakkan membedung bayi pada waktu tengahari. 
  2. Untuk melegakan kegatalan, ambik tepung kanji dan campurkan sedikit bedak wangi, kamudian lumurkan pada bahagian badan yang terkena ruam panas. Sebaiknya di lakukan selepas mandi. 
  3. Boleh juga menggunakan kanji beras. Masak nasik sehingga jadi bubur. Ambik nasik tu letakkan dalam kain jarang. Picit sehingga keluar kanjinya dan sapukan pada ruam.
  4. Sapu dengan krim bebas bahan paraben dan bebas bahan kimia berbahaya. Ingat ye, jangan sapu sebarang krim sebab kulit bayi sangat sensitif! Krim sebarangan akan menyebabkan kulit bayi mengalami kerengsaan. 
Jangan lupa doa dan selawat ye. Kita hanya berusaha. Dia yang menyembuhkan.


Pengedar sah anda,

Siti Fabillah Mohd Yunos
958164
0196624455
COD area Seremban, Senawang, Rasah, Sikamat.
Poslaju seluruh Malaysia

Tuesday, February 3, 2015

Ruam lampin bayi

Assalamualaikum ibu-ibu!

Ruam lampin dan bayi memang tak dapat di pisahkan. Mungkin ada, tapi boleh di kira bayi yang tidak mengalami ruam lampin. Ruam lampin terjadi pada bayi yang biasanya berumur 9 ke 12 bulan. Ruam bayi terjadi tak kira samada bayi menggunakan lampin pakai buang atau lampin yang boleh di basuh. Ini kerana kulit bayi sangat nipis. Cuba sentuh kulit bayi semasa baru lahir, kan gebu n mulus. Sebab tu ianya jadi sangat sensitif.

Saya sendiri mengalaminya. Walaupun ruam ahnaf tak teruk, boleh di katakan biasa-biasa je, tapi risau tengok dia tak selesa.


Apakah ruam lampin?

Ruam lampin adalah kesan pada kulit yang menyebabkan kulit bertukar berwarna merah. Biasanya ruam lampin terjadi di sekitar kemaluan, punggung, kelengkang dan peha bayi.

Ruam lampin terjadi apabila sentuhan air kencing pada kulit bayi terlalu lama menyebabkan kulit bayi sentiasa basah dan lembab. Hal ini akan menyebabkan bahagian itu mengalami lecetan dan bertukar menjadi pedih dan sakit.


Apakah punca ruam lampin?

Ruam lampin berpunca apabila


  1. Kulit bayi yang sensitif terkena terlalu lama dengan najis atau air kencing. Ini kerana ammonia yang terdapat dalam air kencing akan menghapuskan lapisan perlindungan pada kulit. Ibu-ibu kene rajin dan alert time untuk tuka lampin bayi.
  2. Bayi mungkin tidak serasi dengan sabun mandian yang di gunakan pada mereka.
  3. Kadang-kadang baby wipe yang kita gunakan tu tak sesuai dengan kulit bayi, Lagi-lagi baby wipe yang wangi. 
  4. Untuk bayi yang menggunakan lampin yang boleh di basuh atau cloth diapers, Ibu-ibu perlu pastikan bahan pencuci lampin ini adalah yang bebas dari bahan kimia berbahaya. Boleh tengok sini untuk pencuci tanpa bahan kimia berbahaya.

Langkah hilangkan ruam lampin:

Beberapa langkah mengatasi yang boleh di ambil bagi mengelakkan bayi terkena ruam lampin.

1. Pastikan bayi dalam keadaan kering.

Dedahkan kawasan ruam kepada udara sekerap yang mungkin.

2. Kerap menukar lampin bayi

Kerap menukar lampin bayi dengan memeriksa setiap 2-3 jam sekali untuk memastikan bayi tidak di biarkan dengan najis terlalu lama.

3. Cuci dengan air. 

Setengah ibu cenderung menggunakan baby wipe untuk cuci najis bayi. Jangan malas! Untuk mengelakkan ruam lampin, seharusnya najis bayi di cuci dengan air yang mencukupi.

4. Longgarkan lampin bayi. 

Ini untuk mengurangkan rasa sakit pada bayi dan membenarkan pengaliran udara dengan baik di kawasan yang ruam.

5. Basuh 'Cloth Diapers' dengan bahan pencuci bebas bahan kimia berbahaya.

Ni untuk bayi yang guna 'cloth diapers'. Bahan pencuci atau pewangi pakaian yang mengandungi bahan kimia berbahaya sangat tidak sesuai untuk mencuci 'cloth diapers'. Jadi, ibu di sarankan menggunakan sabun organik untuk mencuci pakaian dan 'cloth diapers' bayi.

6. Susukan bayi

Ini untuk bayi yang masih minum susu ibu. Nampak macam tak de kene mengena kan? Susu ibu untuk bayi dapat meningkatkan sistem imun bayi. Jadi bayi tidak perlukan antibiotik untuk menigkatkan ketahanan badan mereka. Bila ketahanan badan tinggi, risiko untuk mengalami ruam lampin juga rendah. Happy breastfeeding!

7. Gunakan krim ruam bebas bahan kimia.

Untuk menghilangkan ruam yang di jangkiti oleh bayi, boleh sapukan Krim Herba keluaran shaklee di kulit bayi. Selain bebas paraben, krim ini juga bebas bahan kimia yang berbahaya.

Pengedar sah anda,
Siti Fabillah Mohd Yunos
958164
0196624455
COD area Seremban, Senawang, Rasah, Sikamat.
Poslaju seluruh Malaysia