Saturday, February 21, 2015

Perjalanan Penyusuan Anak Sulong (part 1)

Assalamualaikum ibu-ibu..

Saya teruja untuk berkongsi pengalaman menyusukan anak sulongku. Kenapa teruja? Sebab pengalaman yang sangat memberi ilmu yang super banyak pada ibu baru seperti diriku.



Sebagai ibu baru, tak di nafikan memang daku tiada langsung ilmu dan pengalaman. Nama pun ibu baru kan. Tapi tu bukan alasan untuk tiada ilmu ye. Tak de pengalaman tu memang la kan. Sebab tu bila jumpa kawan-kawan yang preggy, jumpe kat mana-mana pun, baik di offline ataupun online, daku akan nasihat untuk gali ilmu penyusuan. Bukan nak takutkan, cuma tak nak diorang jadi macam diriku ini. Nangis wo. Okeh dah melalut plak. Back to the story.

Ahnaf anak sulong ku itu di lahirkan secara czer. Belum masanya nak keluar. Tapi doktor nak suh keluar jugak. Maka operate la akhirnya. Biasa ibu lepas operate ni memang terbaring je 6 jam lepas operate tu, sedangkan anak yang baru keluar tu nak kene di susukan paling lambat pun sejam selepas di lahirkan. So camne? Dengan badanku yang masih belum menghasilkan susu lagi masa tu. Dengan sakit lagi kan. Serba serbi tak tau. So anakku di beri susu hospital. Aduhai. Sedihnya tak terkata masa tu. Sebab memang niat nak susukan anak sepenuhnya. Tapi tu la. Kita hanya mampu merancang, Tuhan adalah perencana terbaik. Berani ko nak lawan?

Bila dah boleh bangun, daku request breastfeeding nurse untuk datang ajar cara yang betul menyusukan. Yes. Perlu di ajar ye. Menyusu bukan perkara yang mudah untuk orang yang tiada ilmu dan pengalaman macam aku ni. Yang bestnya Nurse tu siap urut lagi untuk ransang susu. Dia urut belakang badan. Alhamdulillah, lepas kene urut, badanku dah menghasilkan susu awal. Orang panggil kolostrum. Yang ni make sure anak dapat. Untuk antibody anak tu.

Maka rasmilah anakku minum susu ibunya sendiri. Tapi sebab anak ku dah biasa dapat susu hospital, dia tak pandai minum susu badan. So terpaksa la si ibu ni perah dan suapkan sikit-sikit ke mulut anak syurga tu. Di sebabkan lambat dapat susu badan, Ahnaf kene demam kuning. Yes! Lambat dapat susu ibu merupakan faktor penyebab demam kuning hokey. Tobat anak kedua nnt, akan ku pastikan susu ibu d beri secepatnya. Ok, sebab demam kuning tadi, Ahnaf kene tahan wad. Hikmahnya kene tahan wad ni aku d ajar cara menyusukan bayi dengan betul. Alhamdulillah. Ahnaf dah boleh direct feeding dari ku.

Maka bermula lah episod penyusuan yang sungguh menyeronokkan. Tak dapat kat mana-mana wei..

Bersambung..

Psst: Boleh jenguk blog ini untuk info-info penyusuan



Ingin mendapatkan vitamin terbaik untuk andadan keluarga?

Ingin mendapatkan vitamin terbaik pada harga ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan hanya dari rumah?

Sila hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda.


✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia


3 comments: