Monday, March 30, 2015

Berniaga (kembali bangkit)

Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ni. Kali ni nak cerita tentang faktor bangkit ni. Saya mula business online dah setahun lebih. Seronok sebab saya memang minat nak berniaga sebab saya adik beradik dah di pupuk semangat berniaga ni dari kami kecik lagi. Bawak kacang-kacang yang dah di peket kecik-kecik. Jual kat sekolah. Sepeket 20 sen. Masa main petang-petang pun bawak barang jualan. Hari sabtu dan ahad kami jual ikan masin dan kerepek pisang. Jual rumah ke rumah. Masa tu duduk berek penjara, so pegi setiap blok, naik setiap tingkat dan ketuk setiap pintu rumah. Sampai kitorang dah tau dah rumah mana yang suka membeli barang yang kitorg bawak. Kenangan.

Alhamdulillah, dengan semangat dari kecik tu, saya teruskan berniaga sampai sekarang. Rasa macam tak best kalau tak berniaga ni. Seronok tau. Kalau nak rasa seronoknya, jom berniaga. Kalau tak tau nak berniaga apa. Tanya saya ye.


2014 melabuhkan tirainya. Saya menyambut 2015 sebagai tempon berehat dari berniaga buat sementara.Tp sebenarnya agak lama. Saya berehat bulan Januari dan Febuari, Bulan Mac saya bangkit. Walaupun belum all out sebab saya masih dalam pantang. (tu sume alasan, kalau leader saya panggil bewok). Dan saya yakin yang saya akan terus bangkit tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sesekali kene toleh untuk ambik ikhtibar. Hihi..

Semoga April 2015 melahirkan saya yang baru. Macam leader saya selalu pesan, setiap hari adalah hari baru untuk kita. Hari baru bukan bermaksud bertukar hari je. Ianya bermaksud kita yang baru, jadi lebih baik dari semalam.

Doakan saya akan terus berjaya menuju puncak Master Koordinator dalam shaklee. Master in accountancy boleh walau dengan selaut air mata, takkan master dalam shaklee tak boleh.

Semoga berjumpa lagi.

✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

Thursday, March 26, 2015

Set ESP Shaklee

Assalamualaikum w.b.t. semua.

Semestinya saya masih bercerita tentang ESP. Mana taknya, bulan promo yang menjanjikan harga super murah. Murah, meriah muntah! Ha..nak bagitau betapa murahnya harga ESP bulan ni.

Okeh. ESP ni boleh je kalau dia nak stand alone. Maksudnya tak mo ambik vitamin lain. Minum ESP je dah boleh membekalkan protein yang cukup untuk badan. Tapi! Ha ada tapinya, kalau ambik dengan set laaaaggiiii Best!

Contohnya kalau nak kulit halus mulus. ESP membantu untuk kulit halus mulus, cuma agak lambat sebab ESP tiada vitamin C untuk kulit. Ha camtu kesnya.

So kat sini hari ni saya nak tunjuk kan set-set ESP.

Set Kesuburan

Set Kehamilan


Set Pantang


Set Penyusuan


Set Kurus


Set Kulit Cantik



Set Kesihatan optimum


Set Rambut Gugur

Haaa..nampak tak betapa ESP bermanfaat untuk semua. Tak kan la tak de kepentingan langsung kan. Paling-paling pun nak kulit cantik. betul tak?

So, dah ada ke ESP? Belum?

Ha meh order meh. Ahkak bagi harga kasih sayang aje ni.

Hubungi segera ye

✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

Wednesday, March 25, 2015

Resepi ESP Shaklee

Assalamualaikum w.b.t.

Hai semua! Semoga anda semua berada di bawah lindungan Allah.

Hari ni saya dengan gembiranya nak share resepi ESP. Fefeeling tukang masak jap. Chewah. ESP je pun. Tak yah nak masak bagai. Actually masa mula-mula minum ESP bancuh dengan air kosong je saya rasa nak 'termun'. Maklum lah tak bape suka soya. Dah la bancuh ngan air suam je, kacau guna sudu je plak tu. So ESP tu tak mixed well. Ada ketul-ketul lagi. Tu yang nak termun tu.

Tapi di sebabkan nak khasiatnya, saya usaha. Tanya en google resepi ESP. Ha..terpampang la macam-macam resepi. So saya cuba satu persatu yang kene dengan tekak dan jiwa. Kehkehkeh.

Antara resepi ESP yang memula saya cuba selepas dengan air suam tak menjadi ialah resepi ESP bandung. Ok lah. Panjang klo nak citer satu-satu resepi ESP yang saya cuba ni. Nanti saya listkan ye. Korang yang tak boleh nak telan ESP n air suam je tu boleh la try. Kot boleh telan pun apa salahnya nak try kan. Pelbagaikan menu ESP anda. Yang saya cuba saya akan detailkan resepinya.

Resepi ESP 1:
ESP Bandung


1. Bancuh 400 ml air sirap dalam shaker
2. Masukkan 1-2 scoop ESP (1-2 sudu besar) ke dalam shaker
3. Goncang shaker sampai semua serbuk ESP sebati.
4. Kalau suka sejuk, boleh add on ais beberapa ketul.
5. Sedia untuk diminum

Resepi ESP 2:
ESP Horlick/Milo


1. Bancuh 400 ml horlick/Milo suam dalam shaker
2. Masukkan 1-2 scoop serbuk ESP (1-2 sudu besar) ke dalam shaker
3. Goncang shaker sampai semua serbuk ESP sebati.
4. Kalau suka sejuk, boleh add on ais beberapa ketul.
5. Sedia untuk diminum

Resepi ESP 3:
ESP fresh milk


1. Masukkan 200 ml fresh milk (ikut la nak perisa apa, saya suka strawberry) dalam shaker
2. Masukkan air kosong 200 ml (sebab saya tak suka manis sangat, kalau suka manis boleh je letak susu 400 ml)
3. Masukkan 1-2 scoop serbuk ESP  (1-2 sudu besar) ke dalam shaker
4. Goncang shaker sampai semua serbuk ESP sebati.
5. Sedia untuk diminum. (susu biasa memang sejuk sebab simpan dalam peti ais kan)

Resepi ESP 4:
ESP yogurt


1. Masukkan 200 ml yogurt drink dalam shaker
2. Masukkan 200 ml air kosong (mengurangkan kepekatan dan kemanisan)
3. Masukkan 1-2 scoop serbuk ESP (1-2 sudu besar) ke dalam shaker
4. Goncang shaker sampai semua serbuk ESP sebati.
5. Kalau suka sejuk, boleh add on ais beberapa ketul.
6. Sedia untuk diminum

Resepi ESP 5:
ESP Mealshake


1. Masukkan 400 ml air kosong dalam shaker
2. Masukkan 1 scoop serbuk ESP (1 sudu besar) dan 1 scoop mealshake ke dalam shaker
4. Goncang shaker sampai semua serbuk ESP dan mealshake sebati.
5. Kalau suka sejuk, boleh add on ais beberapa ketul.
6. Sedia untuk diminum

Resepi ESP 6:
ESP Performance drinks


1. Masukkan 400 ml air ke dalam shaker
2. Masukkan beberapa sudu performance drinks dan goncang shaker
3. Masukkan  1-2 scoop serbuk ESP (1-2 sudu besar) ke dalam shaker
4. Goncang shaker sampai semua serbuk ESP sebati.
5. Kalau suka sejuk, boleh add on ais beberapa ketul.
6. Sedia untuk diminum


Resepi ESP 7:
ESP soya


1. Masukkan 200 ml air soya (kotak / buat sendiri) ke dalam shaker
2. Masukkan 200 ml air kosong
3. Masukkan  1-2 scoop serbuk ESP (1-2 sudu besar) ke dalam shaker
4. Goncang shaker sampai semua serbuk ESP sebati.
5. Kalau suka sejuk, boleh add on ais beberapa ketul.
6. Sedia untuk diminum

Resepi ESP 8:
ESP smoothies

Gambar credit to vitamin cerdik

1. Masukkan 1-2 scoop serbuk ESP (1-2 sudu besar) ke dalam blender
2. Masukkan pisang, strawberry atau raspberry (nak masukkan semua pun boleh)
3. Masukkan 400 ml air kosong
4. Blend sampai semua sebati
5. Kalau suka sejuk, boleh add on ais beberapa ketul. Nak letak ais krim vanilla pun sedaaap.
6. Sedia untuk diminum
(boleh gantikan pisang dengan mangga manis, gantikan strawberry dengan kiwi)

Resepi ESP 9: 
Ice blended ESP

Gambar credit to SPShop

1. Masukkan 300 ml air kosong ke dalam blender
2. Masukkan 1-2 scoop serbuk ESP (1-2 sudu besar)
3. Masukkan perisa (Coklat, keladi, tembikai, honey dew)
4. Masukkan beberapa ketul ais
5. Blend sehingga sebati
6. Sedia untuk diminum
(bestnya minum time musim panas ni kan)

Resepi ESP 10:
ESP jagung


1. Masukkan 400 ml air kosong ke dalam shaker
2. Masukkan 1-2 scoop serbuk ESP (1-2 sudu besar)
3. Masukkan perisa jagung
4. Goncang shaker sampai semua serbuk ESP sebati.
5. Kalau suka sejuk, boleh add on ais beberapa ketul.
6. Sedia untuk diminum

Dan pelbagai lagi resepi untuk anda cuba. Pasti jatuh hati dengan ESP. Percayalah (versi chorus lagu percayalah sitinurhaliza).


Kalau nak sedap lagi, air kosong yang nak d gunakan untuk bancuh ESP ni di ambil dari penapis air water pitcher shaklee. Laaagggiiii sedap!

Perhatian!
Jangan sesekali bancuh ESP dengan air yang mengandungi kafein, air panas atas 40 degree dan air berkarbonat kerana untuk mengekalkan khasiat ESP. Sebolehnya guna scoop atau sudu plastik.

Selamat mencuba!

Pssttt: Kalau nak order ESP boleh segerakan la ye sebab promo bulan ni (Macrh 2015). Bulan depan dah tak promo. Add on gst plak tu. Jom rebut.

✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

Testimoni ESP (Energizing soy protein) Shaklee

Assalamualaikum semua..

Sempena promo ESP bulan ni, saya nak share sikit hasil mereka-merka yang dah cuba ESP. Semestinya mereka yang cuba ESP mesti mahukan bekalan protein terbaik yang ada dalam ESP. Macam yang saya selalu cakap share, protein di perlukan oleh majoriti tubuh kita. So, pengambilan ESP terbaik yo! Alahai..panjang palk mukadimahnya. Ha tengok sendiri la testimoni ESP. Ni semua fresh dari direct customer saya. Bukan dari orang jauh-jauh pun.

Testimoni ESP 1


Testimoni ESP 2 & 3: Yang ni dia ambik set kurus. Of kos ada ESP



Ni yang fresh customer saya. Yang dari customer orang lain laaaaaaggggiii la banyak. Sesiapa berminat nak tambah protein dalam badan, meh la cuba ESP. Percayalah, korang mesti jatuh cinta shake pertama.

Berminat??!
Segera hubungi saya hokey.
Harga super murah sebelum 28 March 2015

✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

Wednesday, March 11, 2015

ESP Pilihan Hati

Assalamualaikum semua..

Saya harap semoga anda semua sihat di bawah lindungan rahmat Allah s.w.t.
Teruja saya untuk share pilihan hati saya ni. Sejak di perkenalkan dengan Shaklee, ni la antara supplement pertama yang saya cuba dan jatuh cinta. Semestinya ESP.


Kenapa saya pilih ESP?

Ok, pembetulan, sebenarnya saya tak pilih pun. Sewaktu mengandungkan Ahnaf, permata hati yang sulong, saya di momok-momok kan dengan cerita keluarga saya yang kurang susu badan. Dengan ilmu penyusuan yang tiada masa tu, saya takut. Yang saya tau saya nak permata hati ni dapat susu ibu secukupnya. Bila ada kawan yang promote set penyusuan, saya tak pikir panjang dah. Terus mintak en husband bank in kan duit kat member ni. Maklum lah masa tu dah berenti keje. Mengepau la, pe lagi kan.

Bila barang sampai, ada ESP dan Alfalfa add on lecithin untuk kurus. Kuikui.. Saya di beri penerangan cara pengambilan vitamin dan cara bancuh. First saya bancuh dengan sirap. Kacau gitu je dalam cawan. Sebab dia x bape nak sebati sebab x shake, first try ESP saya rasa nak muntah. Saya suruh en suami try jugak ESP tu. Katanya menderita jugak nak habiskan.

Then, saya mencari alternatif. Sedap ke tidak saya kene minum jugak ESP ni sebab untuk jadikan milk booster. Demi permata hati. So, saya search resepi ESP. Ha! Macam-macam ada. Macam-macam saya cuba. Yang pasti dengan ESP. Last sekali terlekat di hati dan di lidah adalah susu strawberry + ESP. Yang pasti kini dah tak kacau dalam cawan. Shake guna shaker hokey! Buat sejuk. Pergh! Itulah resepi ESP saya setiap hari.

Antara resepi ESP yang saya penah cuba.

ESP jadi sarapan express saya. Saya dah tak heran nak carik nasik lemak, mee goreng or roti canai dah. Cukup dengan ESP. Saya kenyang, sihat tanpa kalori, bertenaga, jimat masa dan murah! Tengahari nanti baru sibuk carik makan. Tu antara rahsia kurus ku. Bocor rahsia.

ESP jugak jadikan kulit saya dan kulit permata hati saya halus mulus. Memula saya tak perasan, Tapi bila mummy Ahnaf (kak za) asik suka belai-belai kulit Ahnaf, katanya kulit Ahnaf halus lain macam. En husband pulak kata kulit saya makin cantik (I malu). So baru saya sedar yang ESP membuatkan kulit saya halus mulus. Gelebeh kat pinggang pun tak de dah tau sbb ESP ni protein yang membina otot.

Susu badan pun meriah. Ok ni nak bagitau awal-awal. Bukan ESP penyebab susu badan meriah. Tapi ESP bekalkan nutrien yang cukup untuk badan saya. Sebab saya duk jauh dari mak, so memang susah la nak dapat makanan seimbang kan. Makan janji kenyang je. So ESP yang seimbangkan dan cukupkan keperluan badan saya. Bila badan cukuo nutrisi, badan saya dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk permata hati.

Alhamdulillah, untuk permata hati kedua ni, saya minum ESP dari sebelum hamil sampai la dalam pantang ni ha. Hasilnya, kulit srikandi pejuang islam saya ni putih dan tak sensitif walaupun mak nye tak bape nak cerah, abahnya apatah lagi kan (ampun en suami). Biasa yang kulit putih tu sensitif. Lagi-lagi yang minum air soya. Tapi sebab ESP saya soya non-GMO, so kulit srikandi tak sensitif. Alhamdulillah. Dengan izinNya jua.

Protein soya terbaik, non GMO.


Sesiapa yang berminat nak cuba ESP ni. Kene cuba sekaranga sempena bulan promo ESP ni. Bulan depan nak cuba pun boleh, tapi kene beli harga mahal skit la sebab dah cas GST.

Berminat?
Jom dapatkan dari saya..

Pengedar sah anda,

Siti Fabillah Mohd Yunos (958164)
019-6624455
sitifabillah@yahoo.com
COD area Seremban, Senawang, Rasah, Sikamat.
Poslaju seluruh Malaysia