Monday, March 28, 2016

Tips musim panas

Assalamualaikum semua. Suka cik ebby dapat kongsikan tips menghadapi musim panas. Maklumlah kan, Malaysia sekarang dah ada musim. Musim panas, Bunga, Luruh. Salji je belum lagi. Dunia akhir zaman ni kan. Takutnya.

Eh panjang pulak leternya. Ok sikit je lagi. Terkini Musim panas di Malaysia sampai ada fenomena Equinox. Matahari terletak secara langsung atas garisan khatulistiwa. Cuaca akan menjadi sangat panas terutamanya pada pukul 12 tengahari sehingga 3 petang. Wallahualam. Yang penting Malaysia sekarang tengah panassssss sangat kan.

Ok, Jom nak share tips musim panas yang cik ebby amalkan dan melalui sedikit pembacaan.


Wednesday, March 23, 2016

Resepi Baked Bolognese Meatball

Assalamualaikum.. 
Hai semua. Hari ni cik ebby berkenan sangat nak share resepi Baked bolognese meatball.
Nama nak glamer aje ye dak. 
Eh suka hatilah, menu kita kan.
Hehe..

JOm tengok bahan-bahan dan cara buatnya. Senang tau.


Ha! Baru tengok gambar dah telan air liur. Lap sikit.

Monday, March 21, 2016

Segala tentang EMAS


Perihal EMAS

  • Emas logam lembut,padu, kuning terang
  • Nama saintifiknya aurum (au) 
  • No atomik emas 79
  • Tidak bertindakbalas dgn magnet
  • Takat lebur 1064.18 °c 
  • Ketumpatan 19.30 gram percentimeter

Sunday, March 20, 2016

Dinar dan Gold Bar

•••••••••[ GOLDBAR & DINAR ]••••••••• 



GOLDBAR 🍫
==========================
  • Ketulenanya adalah 999.9 atau bergred 24k. Biasa org panggil emas 10.
  • Dipasaran kini ada yg dijual sekecil 1gram & berkombinasi 5g, 10g, 20g, 50g, 100g & ke atas.
  • Goldbar ni berbentuk segi empat.
  • Spread di Powergold dlm 7% (ahli)
  • Jika mampu milik boleh miliki sekecil 1gram dlm bajet RM200.


Saturday, March 19, 2016

Pengenalan Syarikat Powergold

Profil Syarikat


📝 Powergold Dot Biz Sdn. Bhd. (1036711-K)

📝 No.886, Taman Kempas, 09000 Kulim, Kedah

📝 100% milik bumiputera yang telah lama berkecimpungan dlm industri perniagaan emas selama 11 tahun.

Friday, March 18, 2016

Resepi Daging Masak Berlada Air Asam


Daging masak air asam berlada
(Nama asal boleh je)


Bahan-bahan:

Daging (direbus, di goreng n dipotong nipis2)..
1biji bawang merah sederhana
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Air asam
5 helai Cili kering (ikut kepedasan)


Cara-cara:
Kisar bawang merah, bawang putih & halia
Tumiskan bahan kisar tadi..
Masuk kan cili kering yang di gunting..biarkan sekejap
Masukkan daging yang dihiris nipis..
Biarkan sekejap or sampai daging lembut..
Masukkan air asam..
Perasakan garam..

Siap!

Sedap weh..
Siap ratah lagi kitorg..


Tips: Air asam jengan di masuk sebelum daging sempat lembut. Sebab kalau masuk awal, daging tu tak lembut dah. Sama jugak kalau untuk kentang.

Pakej Ahli Powergold

Assalamualaikum

Tahniah kerana berminat nak jadi ahli Powergold. 
Ni ada beberapa pakej ahli Powergold yang korang boleh pilih.

PAKEJ AHLI - Pakej Terkini Powergold
💍💍💍💍💍💍💍
Powergold ada 4 pakej keahlian :

1. Pakej Gold @ G : RM350 (ahli)
🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮

Dapat dinar 999.9 (0.5gram)

Dapat beli emas dengan harga ahli

Dapat bonus repurchase (RM1/gram)

Dapat website promosi



2. Pakej Solid Gold @ SG : RM450 (ahli)
🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮

Dapat suku dinar 999.9 (1.0625gram)

Dapat beli emas dengan harga ahli

Dapat bonus repurchase (RM1/gram)

Dapat website promosi



3. Pakej SG 4SERANGKAI RM1800 (Family Plan) 
🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮
➡Dapat 4 keping suku dinar @ 4.25g
➡ Dapat beli emas dengan harga ahli
➡Dapat bonus repurchase (RM1/gram)
➡ Dapat website Promosi
➡ Dapat 4 akaun berlainan username



4. Pakej SuperPowerGold @ SPG / RM3800 (stokis)
🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮
➡Dapat 2 dinar emas 999 @ 8.5 gram
➡Dapat beli emas dengan harga stokis (kurang RM2 dari harga ahli)
➡Dapat bonus repurchase (RM1/gram)
➡Upah key in repurchase (RM2/gram)
➡Upah register ahli baru 👇
🌼Reg ahli : RM10
🌼Reg stokis : RM100

Berminat jadi ahli atau stokis?

Pening tak tau nak pilih pakej yang mana? 
Boleh personal consult dengan cik ebby untuk keterangan lebih lanjut. 
Selain ikut kemampuan, Pakej-pakej ni ada kelebihan tersendiri. 
Jangan sampai tersalah pilih. ;-)




Stokis EMAS Powergold
Siti Fabillah Mohd Yunos
0196624455
Fb: Siti Abby
Page: Syamaira Gold Legacy


Thursday, March 17, 2016

Kandungan Susu Mummylicious

Assalamualaikum..

Semoga pengunjung blog cik ebby sihat sentiasa hendaknya dan sentiasa diayungi dengan rahmat Allah s.w.t.

Hari ni cik ebby nak cerita tentang kandungan susu kambing Mummylicious. Susu yang kami seisi keluarga minum, terutamanya Abang Ahnaf la. Semestinya kita kene tau kandungan setiap makanan atau minuman sebelum beri pada anak kita kan. Sebagai ibu & abah, mesti la kami nak kan yang terbaik untuk anak-anak kami.

Jom kita tengok kandungan susu Mummylicious yang sangat di gemari oleh Abang Ahnaf ni.



Susu kambing

Dah nama nya pun Susu kambing Mummylicious kan, mesti la kandungannya susu kambing. Kalau tak, tak kambing la nama dia. Susu kambing kaya dengan khasiat dari sumber protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang membantu menyembuhkan lika, mengukuhkan tulang dan otot dan menggalakkan pertumbuhansemula sel dalam tubuh serta memelihara sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit.

Selain itu, susu kambing berupaya menyingkirkan toksid dalam badan serta melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan. Susu kambing juga membantu proses tumbesaran dan perkembangan mental di samping mengukuhkan tulang dan oto, menstabilkan tahap kolesterol serta memelihara sistem saraf



Krimer bukan tenusu

Krimer bukan tenusu ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.




Kurma 

Siapa yang tak tahu kebaikan kurma kan. Sangat banyak kebaikannya. Kurma kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Selain mempunyai kandungan potassium yang tinggi, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung, kurma juga mengandungi vitamin B6 yang berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalam tubuh termasuk otak secara tidak langsung membantu meningkatkan tahap tenaga dan daya tumpuan, meningkatkan daya ingatan dan membantu meredakan tekanan.



Kismis

Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan yang kaya dengan khasiat sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C, vitamin B6 dan folat yang berupaya emmelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak secara tidak langsung meransang daya ingatan dan tumpuan.




Delima

Delima mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel. Delima juga bertindak sebagai agen anti penuaan dan serangan kanser. Buah delima menggalakkan pertumbuhan sel-sel kukit yang sihat, berupaya memelihara kesihatan jantung, melancarkan sistem pencernaan serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.



Habbatussauda'

Habbatussauda' juga dikenali sebagai jintan hitam sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya ingatan. Selain itu, Habbatussauda' tinggi kandungan antioksida ini berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut perupaya menngkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mencegah kerosakan sel, mengatasi masalah pernafasan serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh untuk melawan serangan penyakit.




Buah tin

Buah tin atau nama lainnya buah ara. Ia kaya dengan serat, kalsium, omega 3, pmega 6 dan kalium yang mampu menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan kolesterol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.


Buah zaitun

Minya zaitun kaya dengan asid lemak tak tepu yang berupaya mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, strok dan radang. Ia juga bersifat antioksida bagi membantu menyingkirkan toksid daripada tubuh dan membantu mencegah kerosakan sel di samping menstabilkan tahap kolesterol. Minyak yang di ekstrak daripada buah zaitun ini juga berupaya memelihara kecantikan kulit dan kesihatan rambut serta mengurangkan risiko serangan kanser.



Madu

Madu adalah bekalan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah penyakit, madu juga bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.



Za'faran

Nama lainnya adalah saffron yang kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, menstabilkan tekanan darah dan mengatasi masalah sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak menentu di samping membantu menggalakkan keupayaan mental, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, kering dan kusam serta menigkatkan kehalusan dan kecerahan kulit. Bunga ini juga bersifat anti oksida.



Manna

Manna juga dikenali sebagai gam akasia atau gam arab. Manna kaya dengan serat dan membantu mengurangkan kolesterol selain berfungsi untuk membantu dalam menyerap nutrien dan menigkatkan sistem imun dengan sifatnya sebagai bahan prebiotik. Di samping itu, ia turut berupaya mengatasi masalah kulit yang tidak anjal dan membantu cirit-birit dan perut kembung.

Banyak betul khasiat yang terkandung dalam susu kambing Mummylicious ni.


Nak dapatkan susu kambing Mummylicious boleh hubungi 

Mini stokis Mummylicious
Siti fabillah mohd yunos
0196624455
COD Area seremban, sikamat, seremban 2, rasah dan kawasan sekitarnya
Poslaju seluruh Malaysia





Wednesday, March 16, 2016

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum semua..

Terima kasih kerana sudi berkungjung ke blog saya. Hari ni cik ebby nak share resepi Asam Pedas Ikan Pari super sedap. Ha boleh gitu. Puji diri sendiri.

Bagi can la. Sapa lagi nak puji cik abby kan. Untuk pengetahuan korang, inilah kali pertama cik ebby masak asam pedas. Ok tipu.

Inilah kali pertama cik abby masak asam pedas sampai jadi sedap dan lazat. Belajar dengan chef tau.

Chef tu korang tak yah tanya la sebab chef tu ajar cik abby sorang je. Hikhik..

Cuba tengok gambar tu. Tengok gambar pun dah terliur kan.




Resepinya:


3 - 4 ketul ikan pari (basuh dengan airasam)
1 biji bawang besar
2 ketul bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan (optional)
Segenggam cili kering / 2 senduk cili boh (homemade)
Bende/kobis cina
Bunga kantan
Daun kesum (akak tak letak dik)




Cara2:

1. Blend bawang besar, bawang putih, halia and tumiskan mereka sampai naik bau (bau yang di tumis tau, bukan bauan lain. ok gurau)
2. Masukkan cili boh atau cili kering yang dah di rebus dan d blend
3. Masak sampai pecah minyak (bukan sampai naik minyak tau, kalau naik minyak kang abis sume terbalik)
4. Masukkan air asam jawa (setakat ni lum ada lagi asam banjar ke asam bugis kan. Sib baik cik ebby orang jawa)
5. Masukkan ikan, biarkan ikan masak then masukkan sayur.
6. Buh garam (garam kene buh last tau untuk dapatkan khasiat garam, ikut sunnah)
7. Eh jangan lupa bunga kantan masuk bila dah hampir menggelegak.
8. Siap dan boleh terus di hidang.


Makan tu jangan lupa toleh mak mertua lalu tu.



Selamat mencuba!







Ingin menambah pendapatan dengan EMAS?



Ingin jadikan EMAS sebagai simpanan?

Bekukan duit gaji anda, tukarkan kepada EMAS.




Siti Fabillah Mohd Yunos
019-6624455
Syamairagoldlegacy@yahoo.com
www.facebook.com/syamairagoldlegacy
COD Seremban, Sikamat, Seremban 2, Senawang, Rasah dan kawasan sekitarnya
Pos seluruh Malaysia

Monday, March 14, 2016

Susu mummylicious Seremban

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog kecil saya. Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah s.w.t.

Alhamdulillah. Dengan berbesar hatinya saya ingin me war-war kan perniagaan ke tiga saya.. di ulangi.. ke tiga (selepas perniagaan vitamin shaklee dan emas)