Saturday, February 7, 2015

Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog saya. 



Sebagai ibu bapa, kita mesti nak yang terbaik untuk anak kita kan. Tapi banyak kesalahan yang tanpa kita sedari telah kita lakukan. Saya sendiri selalu nak yang terbaik untuk Ahnaf. Tapi bila terbaca artikle renungan yang saya dapat ni, banyak rupanya yang saya belum buat. Jadi untuk elakkan kesilapan saya di ulangi oleh ibu bapa di luar sana, saya kongsikan artikle yang saya dapat dalam buku mesyuarat PIBG sekolah adik saya (SK Sungai Suloh).

'Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar'. (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari Allah s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian Allah s.w.t. kepada kita hamba-hamba Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW di beritakan telah bersabda: Tahukah kamu siapakah orang yang mandul?
Berkata para sahabat: "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak".
Lalu Rasulullah berkata: "Orang yang mandul ialah orang yang mempunyai ramai anak, tetapi anak-anaknya tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia". (Maksud Al-Hadis).


Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:

  • Saidul (penghulu) Istighfar
  • Doa memohon rahmat (Surah Ali 'Imran, 3: 8-9)
  • Doa memohon zuriat yang baik (Surah Ali 'Imran, 3: 38)
  • Doa agar anak mengerjakan solat (Surah Ibrahim, 14: 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:
  • Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Surah Al-Baqarah, 2:128)
  • Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Surah Al-Furqan, 25:74)
  • Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
  • Menakutkan anak-anak dengan sekolah
  • Menakutkan dengan tempat gelap
  • Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
  • Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.


4. Menegur anak secara negatif
  • Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
  • Membandingkan anak-anak dengan a
  • nak-anak lain atau anak orang lain.

5. Memberi didikan yang tidak seimbang
Antara jasmani (physical), rohani (Spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.


6. Kurang memberi sentuhan kepada anak-anak. Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra': "Ya Rasulullah! Aku mempunyai 10 orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka".
Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata: : "Sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." - (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).


7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.


8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.


9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan lebih baik dari salam yang diberi.


10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.


11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.


12. Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.


13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberi contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.


14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


Banyak lagi sebenarnya. Tapi dalam artikle yang saya dapat ni, hanya ni sahaja isinya. Semoga bermanfaat untuk diri saya sendiri dan pembaca sekelian.


Pengedar sah anda,

Siti Fabillah Mohd Yunos
958164
0196624455
sitifabillah@yahoo.com
COD area Seremban, Senawang, Rasah, Sikamat.
Poslaju seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment