Wednesday, November 19, 2014

Kurus..kurus..kurus..

Aku dengan isu nak kurus ni memang tak dapat di pisahkan lagi. Sejak lepas SPM berat badan naik bertingket2. Mana tak nya, dulu sekolah ku ratu pecut. Lepas sekolah ku ratu tidur. Tu yang lemak2 bermanja2 di badan tu. Memula tak perasan. Sampai la ada yang tegur. Katanya ku membesar dengan sihat. Start kene tegur tu la daku bermula kurangkan makan. Segala isu pasal kurus ku ambik tau. Sampai segala term dalam diet pun banyak yang ku tau. Tapi hasilnya tak yo kuruih (versi org nismilan). Sebab apa tak kurus2..sebab salah cara n semberono. Main hentam tak makan je.. Sebenarnya diet bukan tak makan. So aku salah version. Masuk diploma kembali ramping sbb duit pinjaman tak cukup makan. So akibat tak cukup makan, maka lelemak ku lari bertempiaran. Sampai la degree..kemuncak dunia kurus ku..masa tu berat 55kg. Korang bayangkan orang tinggi berat 55kg, pergh..selim melim. Tak dapat bayangkan?

Kurus kan kan kan..


Ha..kan kurus meleding tu. Abis degree, maka bermula la episod menternak lemak. Duduk dengan family, mak abah adik beradik, hati senang, tak yah runsing pasal study.. So lelemak berkumpul bereunion dan tak nak bersurai. Dah halau pun tak nak.

Kata je sambung master susah. Tapi makin tembun sebab dalam kelas ngunyah je. Hadoi.. Ada pulak tukang masak, selalu je bawak makanan time kelas. Nasik ayam la, nasik lemak la, mee goreng. Ceh, nak salahkan kan tukang masak pulak, Padahal dia yang tukang makan tak ingat orang sebelah.. Belum abis master dah nak kawen. Orang nak kahwin sume nak kurus kan. Nak tampil gojes atas pelamin, so aku pun haruslah tak nak ketinggalan, nak fefeling raja sehari u.. Start la diet yang melampau. Tak makan malam n semua ku sukat. Tahan la cuma 2 hari. Pastu balas dendam 3 hari. Kihkih..kurus tak sempat dah gemok balik. Macam2 produk aku makan. Ada yang susu, ada yang coklat, ada yang teh, ada yang protein. Yang nak termuntah pun ada n sudahnya semua buang. Aku siap pk lg, orang kurus patutnya makin jimat sbb tak makan, Tapi rupanya nak selim memang kene invest sikit. Invest untuk selim konon. Hmm..hampeh. Siap ada kawan yang perli. Dia cakap gini. "aku dengar ko nak kurus dari zaman degree lagi, tak pernah kurus pun". Ceh.. Selain dari diet, aku jogging. Kalau minggu tak de kelas aku g jogging dengan housemate (Arely n aina). Abis kampung lendu aku jelajah jogging. Siap ambik rambutan orang tanpa izin. Pastu baru mintak izin..hihi.Belum g aerobik kat pekan Alor Gajah lagi... Dan hasilnya..

Setelah diet konon


Hmm..korang tengok la hasilnya. Konon macam kurus kan. Tu dah diet tahap pengsan dah tu. Masa try baju kahwin tu mak cakap, amboi lengan ab.. Hadoi.. Rendah diri rasa walaupun aku tinggi. Kalau orang rendah, pastu rendah diri, lagi kesian kan. hihi.. Gurau. Sudahnya pasrah. Mak andam belah lelaki siap cakap masa try baju aritu mcm longgar, ni kenapa ketat.. Huwaaaaa...

Dah kahwin, lepas 5 bulan pregnant, lagi la harapan nak kurus kan. Tapi masa pregnant kurus skit la sebab mabuk teruk sampai 7 bulan. Lepas 7 bulan hambik ko. Topup makan untuk 9 bulan terus. Sampai la lepas bersalin kan anak hensem ku itu. Baru la episod kurus ku bermula. Jauh kan perjalanan gemok.

Pregnant 7 bulan

Aku di perkenalkan dengan 1 produk ni. Hehe..produk pe lagi kan. Semestinya Shaklee. Tujuannya untuk vitamin ibu menyusu, Tapi katanya boleh kurus sekali sebab ibu menyusu kuat makan, So aku up skit untuk kurus. Time tu tak keje. So pau duit en abang le pe lagi. Aku try set bajet, dah kata tak keje kan.. Nak ngepau pun berpada2 la ye tak. So aku ambik alfalfa & ESP untuk set menyusu add on lecithin untuk kurus. Serius. Tak percaya dah dengan produk sebenarnya. Tapi ku tawakkal. Sebulan lepas consume set itu secara serius, orang yang dah lama tak jumpa kata aku kurus. Memula aku cakap la sebab anak lelaki kot kuat menyusu, tapi rupanya lecithin membantu. Sebab ada je org anak lelaki tapi tak kurus..kehkehkeh...(yang terasa sila consume shaklee)

Bila lecithin out of stock, aku dah rasa sumber penyedut lemak ku abis. So untuk elakkan lemak2 membiak dengan jayanya, aku ambik alternatif try Omega Guard. Yang pasti tak sia2..sebab perjalanan kurus semakin mendapat sambutan. Sebab Omega Guard lg power dari lecithin. Sampai sekarang ku masih consume Omega Guard. Akhirnya kawan yang selalu perli aku tak kurus2 tu dah serender sebab akhirnya aku kurus. Yang penting en suami puas hati. Siap pesan jangan kurus lagi dari yang ada ni. Hihi.. I malu..

Ni gambar lepas ada anak
Ha..Korang yang ada cerita nak kurus macam aku ni, boleh lah cuba set kurus shaklee. Nanti aku guide satu persatu camana cara makan. Yang penting kene sabar, disiplin , konsistent. Sebab nak kurus bukan boleh sebulan dua je dik non. Lemak sayang kita u..

Ada dalam ni vitamin yang aku makan
Bulan ni promo Omega Guard yang best tu..
- Beli 6 dapat 7
- Beli 2 dapat 5% diskaun

Korang berhati2 ye..
Ramai orang jual shaklee dengan niat menjual..
Tapi tak consult customer sampai dapat apa yang sepatutnya..

Dengan saya insya Allah anda akan dapat vitamin dan manfaat vitamin secukupnya..
Saya sedaya upaya akan membantu anda..
Secara percuma dengan pembelian..

Pengedar sah anda,
Siti Fabillah Mohd Yunos
958164
0196624455
COD area Seremban, Senawang, Rasah, Sikamat.
Poslaju seluruh Malaysia

4 comments:

  1. ouwwwwwwwwww... meliding kembali... :)

    ReplyDelete
  2. cayalah kak..memang menjadi inspirasi,..,jeles2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la li..jangan nyesal mcm akk..naik pelamin gemok!!

      Delete