Monday, November 16, 2015

Petua merawat cirit birit

Assalamualaikum mommies.

Mesti tengah susah hati anak kene cirit birit kan. Kalau tak, tak de nya nak search pasal petua merawat cirit birit kan. Sabar ye. Allah menduga. Itu tandanya Allah sayang. Dia menduga dan Dia dah siapkan jalan penyelesaiannya.

Ahnaf ada la beberapa kali kene cirit birit ni. Kalau bahasa doktor nya Diarrhea.

Just for your knowledge, sangat-sangat bahaya kalau kanak-kanak kene cirit birit ni. Especially yang 3 tahun ke bawah.

Apa yang mommies perlu buat?



  1. Cairkan susu. Kalau boleh berentikan susu terus. Hanya susu soya yang boleh di beri kepada kanak-kanak cirit birit. Bukan soya dalam kotak tu ye. Soya ni boleh di beli di farmasi.
  2. Pastikan anak minum air dalam kuantiti yang banyak. Sebab semasa cirit birit, anak akan kehilangan banyak air. Kalau kita bawak ke klinik pun doktor akan bagi air garam yang super tak sedap tu dan semestinya anak tak minum. Jadi saya gantikan dengan performance drinks (air isotonik tanpa gas, perisa oren dan sedap). Boleh juga kalau nak beri air 100+. Tapi ye la. Gaskan, takut makin melarat plak cirit birit nya. Atau boleh juga bagi air isotonik lain. 
  3. berikan air kanji nasik tu pada anak. Masak bubur dan lebihkan airnya. bagi anak hirup air bubur tu. jangan bubuh apa-apa perisa.
  4. Ada doktor suruh makan yogurt. (tapi kenal pasti dulu punca cirit birit)
  5. Teh. Bagi anak minum teh. Ni petua orang tua, bukan doktor yang suggest.
Selawat, doa dan tawakal pada Allah. Doa ibu untuk anak kan tiada hijabnya. 
Cirit birit ada yang kejap je dah baik. Ada yang berhari-hari. Ahnaf selama ni kalau kene yang sehari dah baik tu. Tapi kali ni dah 6 hari. Mata dah cengkung. Kurus. Air kanji tak nak minum. Jadi ibunya decide untuk serahkan dia pada yang pakar. 

Hikmahnya, ku dah tau dah bakteria jahat yang menyerang ahnaf tu dari mana. Cannot mention here, nanti kene saman. Kalau nak tau roger. So that kita boleh haramkan anak-anak makan dan minum benda tu. Okey!







Ingin mendapatkan vitamin terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan vitamin terbaik pada harga ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan hanya dari rumah?

Sila hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda.



✍ PM: Siti abby (FB)
✐ Blog: Faizabby.blogspot.com
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

No comments:

Post a Comment