Monday, April 25, 2016

Tips Mengurus Kewangan

Assalamualaikum semua.

Ada tips yang cik ebby nak kongsikan dengan semua pengunjung blog cik ebby. Semestinya tips ni akan menjadi tips yang sangat berguna pada setiap orang sebab setiap antara kita ni semua tak lari dari pengurusan kewangan. Kalau tak urus syarikat besar-besar pun, kita urus kewangan keluarga kan.

Dan percaya tak, sebelum kita boleh urus duit juta-juta, kita kene pandai urus duit sepuluh ringgit dulu.

Jom check it out. Tips dari DAO.





Tips dari Dr. Azizan Osman.

Jom merancang kewangan sebelum terlewat

Waktu pagi

  • Pagi adalah waktu kita 
    • Sedekah
    • Jemput rezeki melalui Dhuha
    • Berzikir dan selawat
  • Jangan keluarkan duit dari ATM
  • Jangan bayar pinjaman bank
  • Jangan bayar hutang

Semua untung bersih atau gaji bersih mesti diagihkan ke dalam 6 tabung..
  1. Tabung NEC 55%
    • Singkatan kepada necessity @ keperluan
    • Keperluan seperti perbelanjaan rumah, bayar sewa rumah, kereta, bil.
  2. Tabung FFA 10%
    • Financial freedom account
    • Maksudnya simpanan tetap kita. 
    • Tabung ni jangan guna langsung untuk tempoh masa yang panjang, Contoh: 10 tahun.
    • Pilihan simpanan untuk FFA
      • Unit trust
      • ASB
      • Fixed deposit
      • Tabung haji
      • EMAS
      • (yang penting kita dah cipta passive income untuk kehidupan di masa hadapan.
  3. Tabung LTSS 10%
    • Long term saving for spending
    • Ini adalah simpanan jangka masa panjang untuk dibelanjakan
    • Contoh: kumpul duit untuk beli handfon, deposit kereta dan lain-lain
  4. Tabung FUN (PLAY) 10%
    • Duit dari tabung ni boleh guna untuk holiday, belanja makan atau reward diri. Senang cerita untuk joli la.
  5. Tabung EDU 10%
    • Ini adalah tabung pendidikan
    • Untuk siapa? untuk anak-anak, untuk diri sendiri kot-kot nak sambung belajar, untuk pergi kelas motivasi ke, coaching ke, nak beli buku ke. Majukan diri dan akan ada rezeki lain untuk anak-anak.
  6. Tabung charity 5%
    • Yang ni paling penting. Gunakan untuk sedekah dan derma.
    • Wajib ada sebagai kebajikan kita nak bantu orang lain.
    • Saham akhirat
💥💥INGAT!!💥💥

JANGAN jadi PEROMPAK kepada business kita sendiri!!

Besarkan kapasiti tabung anda supaya kita boleh masukkan labih banyak rezeki.

Untuk mengelakkan kebocoran wang, 
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET,
Dengan istilah lain Duit yang berkat.

BANYAKKAN SEDEKAH dan keluarkan zakat pendapatan.

Kebocoran berlaku sebab duit yang bukan hak kita, kita gunakan sewenang-wenangnya. Ingat ye, walau gaji kita, kita yang penat bekerja, Tapi ada rezeki orang lain didalamnya.

Banyak faktor akan menyebabkan kebocoran duit. Dapat gaji je, kereta rosak, anak-anak tak sihat. Jadi jom kita cek diri kita. Audit diri kita.

Jaga hubungan dengan Allah,
Jaga hubungan dengan manusia, ibu bapa, pasangan dan anak-anak,
Jangan berdendam pada sesiapa,
Maafkan orang,
Jangan sakitkan hati orang.

Mohon maaf dan memaafkan orang adalah perkara yg terbaik..




Stokis EMAS Powergold
Siti Fabillah Mohd Yunos
0196624455
Fb: Siti Abby

2 comments: