Friday, August 5, 2016

Kesan Negatif 'GAJET' pada kanak-kanak

Hai Assalamualaikum.

Korang jangan terkejut pulak ye tengok tajuk ni. Dah macam pakar kanak-kanak pulak kan. Saje. Tujuannya nak share ngan pembaca semua kesan gajet pada anak saya.

Melalui pembacaan, gajet ni banyaaaaak sangat memberi kesan negatif daripada positif. Macam-macam keesan negatif yang saya baca. Antaranya anak kurang atau tak bersosial, anak mengalami gangguan saraf gara-gara terkesan daripada radioaktif yang ada pada gajet, sembelit (ha yang ni pelik tapi benar) dan macam-macam lagi lah.

Jadi saya pun mula perhatikan anak saya. Of kos la hero kecik saya dak Ahnaf Syafie yang comel macam mak dia tu. Ok sila muntah.

Ni la Ahnaf Syafie.
Gambar bersama gajet tak ambik sebab menyakitkan hati.

Apa yang saya perasan, bila dengan gajet, Ahnaf dah kurang bercakap. Mata dia bertumpu pada screen gajet tu je. Gajet yang saya maksudkan ni bukan smartfon semata, termasuk juga tv dan laptop atau apa saje la yang melibatkan screen exposure. Ok sambung balik. Ahnaf jadi sangat pendiam and terlalu fokus. Dengar macam best kan. Eh bagus lah fokus. Yes, fokus sampai satu tahap bila saya panggil pun dia tak dengar. Kalau dengar pun dia buat tak tau atau dia akan cuba 'delay'kan apa yang saya mintak dia buat waktu tu. 

'ahnaf, jom mandi'
'Kejap la ibu. Ahnaf tengok upin ni'

Itu kalau dia terus nyahut. Kadang dia biiar je ibu dia terjerit-jerit macam tarzan. Dah naik volume suara ibu baru dia jawab. Kau rasa??

Ok. Jangan emo sangat. Ni cerita aje.

Next, Ahnaf dah mula abaikan segala permainan dia. Biasa la budak, mainan dia sebilik. Ok tipu. Tapi banyak la. Bila hadap gajet, dia dah tak heran la segala lego, kereta, litar F1 tu pun dia x main dah. Dan permainan tu dibiarkan main sendiri dalam kontena kat bilik mainan dia tu. 

1/4 dari kereta mainan Ahnaf

Macam best sebab permainan tak bersepah. Tapi ibu-ibu sekelian, best untuk kita tu sebenarnya tak bagus untuk anak kita. Sebab, bila dia bermain, otak dia akan berfungsi dengan baik. Dia akan imagine macam-macam mengikut kreativiti dia. Segala motor skill dia akan improve. Contoh kalau dia main kereta kat litar F1 dia tu, siap dengan bunyi bagai. Bunyi kereta ni membantu dia untuk bercakap dengan lebih fasih. jejari halus dia pegang kereta tu membantu penambahbaikan saraf tangan dia. Kalau main game kat tab, cuma 1 jari je guna kak oi. Tang mana nak berkembang nye tu.

Ok kali ni saya yang emo.

Lepas tu Ahnaf dah pandai tantrum. Ko tak penah dengar ape benda tantrum ni, ha sila tanya pakcik google. Bila kita nak guna fon yang dia tengah guna tu, dia akan tantrum sampai bengkak-bengkak segala mata telinga hidung termasuk la bibir. 
Atau pun kita tak kasi dia main game. Ha gini lah jadinya. Segala kemahuannya perlu di turuti bak Raja di singgahsana. Banyak cantik!

Gambar lepas tantrum
OK. Seterusnya, jadual harian dia bercelaru. Ahnaf ada jadual dia sendiri. Bukan la seperti jadual waktu kelas atau jadual bertugas. Tapi saya sebagai ibu yang garang dan berdisiplin (amboi macam guru disiplin pulak) dah tetapkan time makan dia, time main, time tidur. Dalam range waktu la. Tak de la pukul 2 kene tidur whatever it is. Itu bukan style guru disiplin. Tu style komunis. 
Cuma ahnaf akan tidur tengahri. Waktu mula tidur antara pukul 1- 2. Sebab lepas pukul 2 kalau baru nak tidur, nanti dia akan bangun lambat dan akibatnya malam dia tidur lambat. Sapa yang sudi nak tunggu oi.
Tapi! Ha ko nampak tanda seru tu. Baca kasor sikit. Bila dengan gajet, jadual dia lintang pukang. Makan kemana, mandi kemana, tidur kemana. Dek sayangkan gajet tu. Sudahnya bila dia ngantuk, dia meragam. Buat perangai yang boleh buat ibu dia ni tuka kaler. Sapa yang penat? Ahkak jugak dik.

Ahnaf dengan gajet belum la sampai mengganggu masalah kesihatan dia. Tapi takkan nak tunggu sakit baru nak cegah kan. Akak sayang anak akak dik.

So,
Cegah la sebelum parah. Sebelum perkara yang tak diingini berlaku. Kalau kata nak avoid kan terus dari gajet, kesian jugak. Zaman ni zaman dia. Macam kita dulu la. Kata la mak kita tak bagi main tenteng kat luar. kan ketinggalan jadinya. 
Gajet ni nak belajar kejap aje. Jadi, kita fokus yang mana yang lebih susah nak ajar. Sekarang ni Ahnaf dah kurang sangat-sangat dengan gajet, cuma bila abah dia, or pakcik  makcik dia main game kat henpon, masa tu dia sibuk la mintak, dan sebagai ibu yang cemerlang dan kreatif, akan ku cuba alihkan perhatian dia selagi mampu. 

Masih dalam proses lagi. Nak di kata kan berjaya tu baru 50% la. Masih berusaha untuk biar dia free from gajet. Doakan anak-anak saya boleh membesar dengan sihat dan cemerlang. 

Ahnaf tanpa gajet. Jadi tobot katanya

Ha lupa nak bagitau. Sekarang ni dalam proses nak cegah si adik Aishah Humairah pulak dari pengaruh gajet. 


Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment