Tuesday, August 19, 2014

Survival Isteri orang kapal (part 1)

Bangun terpisat2 sebab belum lunaskan hutang solat isyak. On the way ke bilik air, capai hp tgk jam da pkul 3:30 pagi. Tetiba terasa sesuatu yg pelik. Seluar basah. Bila d cium, tak de bau pun. Pelik. Waktu tu usia kandungan 33 minggu. Anak sulong.

Tak jadi solat. Nak call mak. Waktu x sesuai. Msg je lah. Untung2 mak sedar. Senyap. Message kakak pulak. Senyap jugak. Last2 capai buku pink. Tengok info. Ada tanda2 nak bersalin. Keluar air ketuban. Tapi air ketuban tu camana. Message mak lg. senyap. Call husband. Tak dapat. line dia tak bagus kot. Ku pasrah. Takut sesuatu yg serius terjadi. Dah la sorang2. Nekad. Capai beg yg da siap packing sekian lamanya. Yang pasti 2 beg, 1 beg ibu, 1 beg baby. Start enjin pkul 4 pg. Berderum exzos besar tu memecah keheningan pagi (Chewah, mcm novel plak). 

Jalan lengang n parking hospital pun senang. Maklumlah pukul 4, sapa pulak yang sibuk nk ke hospital kan. Still usaha call husband. Masih tak dapat. Galas beg n tanya kaunter, sy nak ke wad bersalin. Tingkat 1 katanya. Sampai je kaunter pendaftaran, Isi borang dulu. Nurse yg on duty tengah tidur, mintak maaf mengganggu, saya urgent, klo x urgent x smpai sini de. Tapi kene marah. Sebab datang sorang. Ku da explain berkali2, bukan sengaja nak datang sorang, tp sy memang duk kat rumah sorang2. Suami saya keje kapal. Nak tunggu dia balik mau terberanak saya kat rumah. (sy tau awk ngantuk, tp kan duty, ptt awk yg mintak maaf sbb tdo..sampai skrg ku ingat wajah nurse itu). 

Ok sambung citer tadi balik..

Kene baring untuk buat CTG. Measure pergerakan jantung baby. Alhamdulillah sumenya cantik. Lepas tu Doktor nak cek. Sekali Houseman yg cek..aduh. Mcm anak kucing je dia buat aku ni ha. Datang Doktor pakar nk kne cek lg. (What?? lagi sekali??) Sakit ohooooi.. Tapi sabar. Doktor kata kene injection Dexa 3 kali untuk matangkan paru2 baby. Walaweh sakitnya dexa itu. Flat stgh jam lepas kene cucuk. Time tu da pkul 6 pagi. Tengah sakit kene inject tu mak pulak call. Apa lagi, merembes la time tu. (buat yg bukan jawa, merembes itu maksudnya bergenang air mata). 

Nurse yang kerek itu datang lagi. Da boleh bangun katanya. Suruh orang datang untuk daftarkan aku masuk wad. Aku yang sakit, dia yang tentukan aku da boleh bangun ke tidak ye. Aku baring je buat tak tau. Sakit kot. Da ok skit baru call adik (Fawwaz) bagitau aku kat hospital. Mintak dia datang daftarkan aku. Melompat dia bangun tidur terus datang hospital. Siap cuti urgent. Kak za pn cuti urgent. (sayang korg ketat2). 

Da masuk wad baru ku call ibu mertuaa ku. Bila cerita aku drive sendiri ke Hospital, dia marah. Mungkin risau jadi apa2 tengah jalan. At last, dia sedar sendiri, klo call pun time tu x de sapa boleh hantar aku sebabnya ayah mertuaku keje 24 jam. So dia pasrah, menantunya ini sangat2 berani. Da dapat wad, da serah barang2 berharga suma pada adik, baru aku lega. Kak za call. Katanya jangan berenti baca doa. Baca surah Maryam katanya. Baik!

Masih berusaha call husband. still x dapat. Baring n aku terlelap. Tau2 orang dtg letak gel kat perut. owh rupanya nak cek jantung baby lg. Pukul 9 pagi br husband call balik. Word pertama dia, Kenapa?

Merembes lagi. Bagitau yang diriku d hospital. Kene tahan wad. Dia terus kata ok n letak telefon. Ku nangis sorang2. (bersangka buruk dengan husband, ingat dia ambik remeh je). Rupanya dia arrange dengan orang opis bagitau dia nak balik urgent. Lepas tu baru dia call balik, suruh aku sabar, doa banyak2 n mintak maaf sbb x de saat2 emergency itu. 

Ok kali ni tak merembes. Berjujuran terus. Sebagai isteri yang memahami, aku sikit pun tak terasa kecik hati ke marah ke dengan ketiadaan dia. Aku tau dia da buat yang terbaik. Mak abah sampai masa waktu melawat tghr. Dari Johor kot. Orang seremban pun tak sampai lagi time tu. Owh, syg mak abah sangat2. Risau betul mereka dengan anaknya ni.

balik cerita pasal suami..
lucky Kapal dia kat Terengganu. Pukul 3 petang dia sampai wad. Cepatnay keje dia. Masak untuk tghari n malam terus. Arrange org untuk handle mknn sepanjang dia balik n cari kereta sewa. (owh lupa nk bgtau yang husband ku tukang masak di kapal). Malangnya tak d benarkan masuk. Hospital kerajaan la katakan. Ku keluar sekejap jumpe dia. Nak turun minum kononya. Sekali kene marah dengan guard. Owh, baru tau, ibu mengandung tak boleh kuar jauh dari wad. Salam, borak2 kejap n dah kene masuk balik.

Bersambung...

7 comments:

  1. Kalau mcm ni cara kakak buat blog, x lama nnt femes ni.. nnt adik crik balik geng2 blogger.. kasi up ini blog.

    ReplyDelete
  2. sayalah gengnya..blog yang bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan isteri orang kapal jugak ye. Sama la kita. Alhamdulillah. terima kasih sudi singgah ke blog saya. Jemput jadi followers sekiranya berminat.

      Delete
    2. Puan isteri orang kapal jugak ye. Sama la kita. Alhamdulillah. terima kasih sudi singgah ke blog saya. Jemput jadi followers sekiranya berminat.

      Delete