Hai mommies.. Jom kenali ruam panas pada bayi. Sebab ruam ada pelbagai jenis tau. Cara untuk mengatasinya juga berbeza. Jangan salah langkah ye.
Ruam panas terjadi pada kulit bayi apabila keadaan bayi panas. Mungkin di sebabkan faktor cuaca ataupun suhu badan bayi tu sendiri. Macam lepas demam ke. Ruam panas juga di panggil ruam gatal. Rupa parasnya, kulit bayi akan kemerahan dan berbintik-bintik macam jerawat tu. Macam ada air sikit dalam bintik-bintik tu. Biasanya ruam ni akan tumbuh di kepala, belakang dan hadapan badan, pelipat ketiak dan peha dan juga di muka.
Ni la contoh ruam panas |
Saya paham. Ahnaf dulu mengalaminya jugak. Maklum la, pantang musim panas. Abis je pantang, naik ruam tu kat belakang badan dia. Penuh. Bila pecah, kene air semasa mandi, pedih. Dia nangis, dengan ibu sekali la berjujuran. Hihi. Ibu Ahnaf gembeng.
Ada cara untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan bayi tu. Saya share sikit ye.
- Memandangkan nama pun ruam panas, jadi kita kene pastikan bayi dalam keadaan sejuk. Contohnya, pakaikan bayi dengan baju lubang-lubang. Jadi kulit bayi akan dapat pengudaraan yang baik. Selain tu, elakkan membedung bayi pada waktu tengahari.
- Untuk melegakan kegatalan, ambik tepung kanji dan campurkan sedikit bedak wangi, kamudian lumurkan pada bahagian badan yang terkena ruam panas. Sebaiknya di lakukan selepas mandi.
- Boleh juga menggunakan kanji beras. Masak nasik sehingga jadi bubur. Ambik nasik tu letakkan dalam kain jarang. Picit sehingga keluar kanjinya dan sapukan pada ruam.
- Sapu dengan krim bebas bahan paraben dan bebas bahan kimia berbahaya. Ingat ye, jangan sapu sebarang krim sebab kulit bayi sangat sensitif! Krim sebarangan akan menyebabkan kulit bayi mengalami kerengsaan.
Jangan lupa doa dan selawat ye. Kita hanya berusaha. Dia yang menyembuhkan.
Pengedar sah anda,
Siti Fabillah Mohd Yunos
958164
0196624455
COD area Seremban, Senawang, Rasah, Sikamat.
Poslaju seluruh Malaysia
COD area Seremban, Senawang, Rasah, Sikamat.
Poslaju seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment