Sunday, November 15, 2015

Kipas Roda Kertas

Assalamualaikum semua..

Kali ni daku bersemangat nak cerita tentang Kipas roda kertas untuk hiasan pelamin. Ha..hiasan pelamin tau. 3 bulan lepas majlis bersanding adikku.(lambatnye baru nak post entry). Di sebabkan adik lelaki, mak malas nak ambik pelamin dari butik pengantin. So recycle je barang-barang kahwin kakak abang dia dolu-dolu. Untunglaaahhh... (Rezeki dia).

Memandangkan daku la the only one kakak nye yang available untuk memikirkan soal pelamin ni, so dengan bersemangatnya daku planning. Asalnya idea ni dapat dari majlis aqiqah anak kawan. Ada gak tanya dia cara nak buat tapi tak bape clear, so daku tanya en google. Memang tertancap mata dengan dekorasi pelamin yang diorang buat ni. Jap korang tengok ye.


Cantikkan. Ni antara deco pelamin yang daku berkenan la. Banyak lagi yang lain, korang nengok la sendiri ye. Dah tengok cantik tu, ku pun google lagi cara buatnya. Senang ya amat. Lagi la bersemangat kan. So daku pun mula la mencari bahan-bahan binaannya.

Bahan yang di perlukan
 1) Kertas A4 pelbagai warna (terpulang la nak kaler terang atau pastel)

2) Gunting

3) Gam & gam pistol

4) Kertas putih bulat (doily paper: betul ke daku eja ni). 
Ku guna kertas warna yang corak bulat-bulat.

5) Pin keselamatan (safety pin)

Nak buat sekeping kipas roda kertas yang besar tu memerlukan 6 helai kertas A4 tu tau. Haa.. memula ku beli la 25 helai, ingat kot sehelai kertas tu leh dapat 1 kipas roda kertas, sekali tak dapat da. Kene la keluar balik pergi kedai buku dan borong kertas A4 warna warni. Dah banyak kertas tu, maka aksi pun bermula. Makan setengah bulan jugak nak buat kipas roda kertas ni. Maklum la tunggu anak-anak tidur baru projek bermula, kalau tak nanti anak-anak plak buat kipas roda kertas diorg sendiri. Ada plak masanya maknya dah tidur dulu, tu yang sampai setengah bulan tu. Korang yang anak dara, seminggu boleh siap kot. Kalau tak tidur mau 2 hari dah siap.

Untuk buat satu kipas roda kertas yang besar tu, ambik 6 helai kertas A4,

Cara buat:

  • Cantumkan kertas A4 secara memanjang. Terpulang la nak guna satu warna je atau nak campur kan warna. Ikut cita rasa masing-masing ye. Kalau kipas besar tu cantumkan 6 helai. Kipas sedang 4 helai.
  • Lipat kertas macam nak buat kipas tu.
  • Gamkan hujung kertas dengan pangkal kertas.
  • Temukan bucu dengan bucu.


  • Bila bucu kertas dah bertemu, gam kan menggunakan gam pistol. Dan terus lekatkan kertas bulat di tengah-tengah untuk menutup cantuman kertas tu.
  • Gamkan juga bahagian belakang kertas dan terus letakkan safety pin di situ.
  • Bila dah siap, boleh la pin kan kipas roda kertas di langsir pelamin.

eyh..tetiba terselit plak gambar ahkak perantin..




Ingin mendapatkan vitamin terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan vitamin terbaik pada harga ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan hanya dari rumah?

Sila hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda.



✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby.blogspot.com
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

4 comments:

  1. Replies
    1. Cuba la buat nanti ye kak gojes. Puas hati tengok hasil tangan sendiri walau tak secantik pelamin tempah..

      Delete
  2. Cantik.. Kita pun tengah lipat kipas gak untuk majlis kita nanti..

    ReplyDelete
  3. Kak,mne nk dpt bantal kaler2 mcm tu?

    ReplyDelete