Tuesday, January 5, 2016

Resepi Pizza Roti Gardenia

Assalamualaikum ibu-ibu..

Pening kan nak pikir nak masak apa untuk anak-anak dan suami tersayang. Banyak je sebenarnya menu. Tapi kadang terlupa akibat terlalu banyaknye itu. Dan mestila nak pelbagaikan menu masakan kita ye dak? Biar yang makan tak boring. Kan..kan...? Semestinya yang di pelbagaikan tu haruslah mudah dan bahan-bahannya pun sentiasa ada di rumah.

Pizza roti gardenia ni sesuai untuk di jadikan sarapan atau pun minum petang.Eh kalau nak buat makan tengahari pun boleh. Sesuai jugak sebagai hidangan kepada tetamu.


Jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat. Sangat sangat sangat mudah dan sedap.


Bahan-bahan yang di perlukan:

  1. Roti gardenia
  2. Tomato puri (nak beli yang sos pasta tu pun boleh). Kalau nak ganti sos lain [un boleh, Nak buh tuna ke. Apa-apa la.
  3. Cheddar cheese atau mozarellar cheese (nak ada dua-dua pun lagi sedap).
  4. Sosej / Ayam (kalau tamak topping sila buh kedua2nya sekali, sila rebus dahulu)
  5. Cendawan butang (optional)
  6. Lada benggala
  7. Mix herb (optional, kalau nak lebih ke italiano boleh add on)


Ha..senangkan. Dah cukup bahan semua ada. Kita tengok caranya pulak ye..

  1. Susun roti dalam loyang dan renjiskan roti dengan air untuk kekalkan kelembutan pada roti.
  2. Sapukan tomato puri pada roti.



  3. Letakkan kepingan cheddar cheese.
  4. Letakkan sosej/ayam, cendawan butang dan lada benggala. Ikut selera masing-masing. The more the merrier.
  5. Taburkan mixed herb.
  6. Akhir sekali taburkan mozarella cheese.


  7. Bakar pizza dalam oven dalam 15 minit atau sehingga cheese mencair.
  8. Siap!
Makan panas-panas baru syok.

Dah buat? Baru nak try buat? Sila beri sedikit komen tentang hasil anda.







Ingin mendapatkan vitamin terbaik untuk anda dan keluarga?


Ingin mendapatkan vitamin terbaik pada harga KASIH SAYANG?


Ingin menjana pendapatan hanya dari rumah?



Sila hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda.




✍ PM: Siti abby (FB)
✐ Blog: Faizabby.blogspot.com
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, senawang, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

No comments:

Post a Comment