Tuesday, February 3, 2015

Ruam lampin bayi

Assalamualaikum ibu-ibu!

Ruam lampin dan bayi memang tak dapat di pisahkan. Mungkin ada, tapi boleh di kira bayi yang tidak mengalami ruam lampin. Ruam lampin terjadi pada bayi yang biasanya berumur 9 ke 12 bulan. Ruam bayi terjadi tak kira samada bayi menggunakan lampin pakai buang atau lampin yang boleh di basuh. Ini kerana kulit bayi sangat nipis. Cuba sentuh kulit bayi semasa baru lahir, kan gebu n mulus. Sebab tu ianya jadi sangat sensitif.

Saya sendiri mengalaminya. Walaupun ruam ahnaf tak teruk, boleh di katakan biasa-biasa je, tapi risau tengok dia tak selesa.


Apakah ruam lampin?

Ruam lampin adalah kesan pada kulit yang menyebabkan kulit bertukar berwarna merah. Biasanya ruam lampin terjadi di sekitar kemaluan, punggung, kelengkang dan peha bayi.

Ruam lampin terjadi apabila sentuhan air kencing pada kulit bayi terlalu lama menyebabkan kulit bayi sentiasa basah dan lembab. Hal ini akan menyebabkan bahagian itu mengalami lecetan dan bertukar menjadi pedih dan sakit.


Apakah punca ruam lampin?

Ruam lampin berpunca apabila


  1. Kulit bayi yang sensitif terkena terlalu lama dengan najis atau air kencing. Ini kerana ammonia yang terdapat dalam air kencing akan menghapuskan lapisan perlindungan pada kulit. Ibu-ibu kene rajin dan alert time untuk tuka lampin bayi.
  2. Bayi mungkin tidak serasi dengan sabun mandian yang di gunakan pada mereka.
  3. Kadang-kadang baby wipe yang kita gunakan tu tak sesuai dengan kulit bayi, Lagi-lagi baby wipe yang wangi. 
  4. Untuk bayi yang menggunakan lampin yang boleh di basuh atau cloth diapers, Ibu-ibu perlu pastikan bahan pencuci lampin ini adalah yang bebas dari bahan kimia berbahaya. Boleh tengok sini untuk pencuci tanpa bahan kimia berbahaya.

Langkah hilangkan ruam lampin:

Beberapa langkah mengatasi yang boleh di ambil bagi mengelakkan bayi terkena ruam lampin.

1. Pastikan bayi dalam keadaan kering.

Dedahkan kawasan ruam kepada udara sekerap yang mungkin.

2. Kerap menukar lampin bayi

Kerap menukar lampin bayi dengan memeriksa setiap 2-3 jam sekali untuk memastikan bayi tidak di biarkan dengan najis terlalu lama.

3. Cuci dengan air. 

Setengah ibu cenderung menggunakan baby wipe untuk cuci najis bayi. Jangan malas! Untuk mengelakkan ruam lampin, seharusnya najis bayi di cuci dengan air yang mencukupi.

4. Longgarkan lampin bayi. 

Ini untuk mengurangkan rasa sakit pada bayi dan membenarkan pengaliran udara dengan baik di kawasan yang ruam.

5. Basuh 'Cloth Diapers' dengan bahan pencuci bebas bahan kimia berbahaya.

Ni untuk bayi yang guna 'cloth diapers'. Bahan pencuci atau pewangi pakaian yang mengandungi bahan kimia berbahaya sangat tidak sesuai untuk mencuci 'cloth diapers'. Jadi, ibu di sarankan menggunakan sabun organik untuk mencuci pakaian dan 'cloth diapers' bayi.

6. Susukan bayi

Ini untuk bayi yang masih minum susu ibu. Nampak macam tak de kene mengena kan? Susu ibu untuk bayi dapat meningkatkan sistem imun bayi. Jadi bayi tidak perlukan antibiotik untuk menigkatkan ketahanan badan mereka. Bila ketahanan badan tinggi, risiko untuk mengalami ruam lampin juga rendah. Happy breastfeeding!

7. Gunakan krim ruam bebas bahan kimia.

Untuk menghilangkan ruam yang di jangkiti oleh bayi, boleh sapukan Krim Herba keluaran shaklee di kulit bayi. Selain bebas paraben, krim ini juga bebas bahan kimia yang berbahaya.

Pengedar sah anda,
Siti Fabillah Mohd Yunos
958164
0196624455
COD area Seremban, Senawang, Rasah, Sikamat.
Poslaju seluruh Malaysia

2 comments:


  1. Bagi merawat ruam lampin, ada satu petua yang boleh kita amalkan. Untuk pengetahuan semua, ruam lampin disebabkan oleh alahan kulit kepada keasidan air kencing atau bahan-bahan yang terkandung di dalam pamper. Untuk mengelak masalah ini, bayi tidak galakkan memakai pampers, sebaliknya pemakaian lampin kain sangat dialu-alukan kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Lampin kain yang telah basah, sebelum dicuci kita bolehlah meneutralkan asid yang terkandung di dalam lampin kain dengan merendamkannya di dalam air cuka yang telah di cairkan selama 5-10 minit sebelum dibasuh. Insya Allah kesannya lebih efektif.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas maklumat yang di beri.

    ReplyDelete