Monday, March 30, 2015

Berniaga (kembali bangkit)

Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ni. Kali ni nak cerita tentang faktor bangkit ni. Saya mula business online dah setahun lebih. Seronok sebab saya memang minat nak berniaga sebab saya adik beradik dah di pupuk semangat berniaga ni dari kami kecik lagi. Bawak kacang-kacang yang dah di peket kecik-kecik. Jual kat sekolah. Sepeket 20 sen. Masa main petang-petang pun bawak barang jualan. Hari sabtu dan ahad kami jual ikan masin dan kerepek pisang. Jual rumah ke rumah. Masa tu duduk berek penjara, so pegi setiap blok, naik setiap tingkat dan ketuk setiap pintu rumah. Sampai kitorang dah tau dah rumah mana yang suka membeli barang yang kitorg bawak. Kenangan.

Alhamdulillah, dengan semangat dari kecik tu, saya teruskan berniaga sampai sekarang. Rasa macam tak best kalau tak berniaga ni. Seronok tau. Kalau nak rasa seronoknya, jom berniaga. Kalau tak tau nak berniaga apa. Tanya saya ye.


2014 melabuhkan tirainya. Saya menyambut 2015 sebagai tempon berehat dari berniaga buat sementara.Tp sebenarnya agak lama. Saya berehat bulan Januari dan Febuari, Bulan Mac saya bangkit. Walaupun belum all out sebab saya masih dalam pantang. (tu sume alasan, kalau leader saya panggil bewok). Dan saya yakin yang saya akan terus bangkit tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sesekali kene toleh untuk ambik ikhtibar. Hihi..

Semoga April 2015 melahirkan saya yang baru. Macam leader saya selalu pesan, setiap hari adalah hari baru untuk kita. Hari baru bukan bermaksud bertukar hari je. Ianya bermaksud kita yang baru, jadi lebih baik dari semalam.

Doakan saya akan terus berjaya menuju puncak Master Koordinator dalam shaklee. Master in accountancy boleh walau dengan selaut air mata, takkan master dalam shaklee tak boleh.

Semoga berjumpa lagi.

✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

No comments:

Post a Comment