Saturday, February 28, 2015

Hospital Sultanah Nora Batu Pahat

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat berkunjung ke blog cantik manis ku ni.

Alhamdulillah aku baru je selamat melahirkan seorang lagi anak syurga ke dunia ni. Seorang srikandi solehah yang menambah seri keluarga kecil kami. Pengalaman bersalin yang semestinya berbeza dari yang sulong dulu. Pengalaman bersalin yang menambah lagi kasih sayang ku pada seorang yang bergelar ibu. Pengalaman yang menjadikan aku begitu menghargai ibu ku. Eyh..mata dah masuk habuk. Padahal nak citer pasal hospital ni. Hihi..


Ok2..Back to the topic. Hospital Sultanah Nora Batu Pahat. Sebenarnya aku dah kira banyak kali jugak jejak kaki kat spital ni. Tapi datang untuk melawat sedara-menara je biasanya. Kali ni aku datang untuk menerima rawatan. First time aku dapatkan rawatan masa jumpa pakar 26 Januari haritu. First impression, kat bahagian pakar ni bagus, ada sistem dan sangat teratur. Tunggu kejap je, eyh kejap ke, ke aku leka sembang dengan mak tak perasan yang sebenarnya dah lama. Hihi. Doktor pun ok. Katanya aku boleh usaha untuk deliber normal. Setle!

Next, aku datang lagi ke Hospital Sultanah Nora Batu Pahat ni sebab dah ada soft contraction. Maklumlah, dulu tu operation, jadi pengalaman sakit tu tak de sangat. Betul2 rasa contraction lagi 2 jam sebelum masuk OT. Lain2 sume tak rasa. Hihi. Malu. So datang lagi ke Hospital Sultanah Nora Batu Pahat ni 21 Feb malam. Terus di check. Cuma kat sini aku tunggu agak lama. Tapi! Ha..ada tapi ok, Doktor yang ambik kes aku tu lelaki. Sebelum dia nak cek bukaan tu, dia tanya dulu boleh ke dia cek. Aduhai..Peluang untuk aku request Doktor perempuan definitely! Dan..dan.. dia menghormati permintaan ku. GH je yo! Dan lagi, Doktor perempuan yang datang cek tu, suruh doktor lelaki tu tunggu luar n tulis je apa yang dia nak cakap. Nampak tak aib tu terbela di situ. Alhamdulillah! Tapi dalam hati tak abis2 berdoa agar aib ku terpelihara ketika proses nak melahirkan anak syurga ni.

Memandangkan bukaan kecik lagi, doktor kata cuma soft contraction, dia suruh balik dulu sebab rumah mak n Hospital Sultanah Nora Batu Pahat ni tak jauh mana. Yang aku ni duk asyik memikirkan anak sulong tu, terus je bersetuju untuk balik. Sian Ahnaf kene tinggal.

Malam tu contaction meneruskan kerja2nya la. Senang citer, tak leyh nak lena sangat la kan. Kejap menyenget, kejap meringkuk, macam-macam la. So pagi-pagi tu, tengah nak sarapan, sakit datang menyerang. Tapi lum sakit sangat. Cuma sikit-sikit. Sikit ko kata? Yang sikit tu terberenti lah sarapan wei. Kak za ada masa tu, bila dia tengok aku dah dua tiga kali tersenyap dari berkata-kata, tersenyap dari mengunyah dan tersenyap dari segalanya la dek menahan sakit tu, dia terus roger bulek (2nd mem). Bulek yang memang jantungan orangnya tu terus suruh abah siap mandi, suruh icah roger mak kat rumah sebelah. Padahal aku masih rileks minum teh o. Hihi. Terasa diri di sayangi.

Sampai je hospital, kali ni aku dah tak leyh nak jalan dah. Boleh je, tapi kejap berenti, sebab contraction tu la. So mak decide untuk tolak aku guna wheel chair. Sementara abah g parking kereta. Mak nak tolak? Dengan beg lagi. Aku dah la 76 kg time tu. Aku cakap mak tak pe. Kita jalan pelan-pelan. Tapi dah namanya mak kan. Dia mintak jugak wheel chair tu. Alhamdulillah, orang hospital yang tolakkan aku yang tak bape nak ringan ni sampai ke wad bersalin. Siap ambik kad pink dan serahkan ke kaunter. Terbaik!

Proses yang ku lalui macam biasa la. Cek bukaan dan aku di hantar ke wad. Tapi sebelum tu, Ha yang ni aku tension skit sebab Doktor yang nak tulis laporan pasal aku tu ambik masa bapak lama. Ha! Bapak lama hokey! Aku dah la kesakitan. Pucat-pucat lesi aku tunggu. Sib baik sakit, kalau tak sakit mau aku tanya dah Doktor tu Apahal Lambat Sangat? Tu la sakit tu mengajar ku erti sabar. Kihkih..

Bila dah masuk wad, layanan baik walaupun daku cuma duk kelas 3. Tak sanggup nak pindah bagai sebab kelas 1 dan kelas 2 nya jauh. Yang aku tau sekarang nak baring dan tido je. Tapi dah namanya sakit kan, memang bertuah kalau boleh lelap. Nurse wad sangat caring, dia nengok aku baring, terus dia tanya, sakit macamana. Suggest aku suruh mintak doktor cek. Bila bukaan dah ok, dia tolak aku ke katil untuk siapkan diri ke labour room, dia suruh aku makan dulu siap-siap. Katanya nanti tak de tenaga. See..Sangat caring. Siap kemaskan beg aku hokey! Sampai labour room dia tanya nak doktor apa. Aku request female and strictly diorang tak bagi Male Doktor masuk. Terbaik!. Nurse kat labour room pun terbaik. Ajar aku macam-macam ayat. Ajar cara untuk biar baby mudah turun tanpa kejungkan badan menahan sakit. Masa proses melahirkan, mereka sangat supportive. Selepas baby dah lahir pun mereka sangat menjaga aku. Sangat puas hati bab menjaga keaiban dan keselesaan lah. Super best.

So sesiapa yang tak de pengalaman menggunakan servis Hospital Sultanah Nora Batu Pahat ni, kalau bab nak bersalin tak yah risau. Alhamdulillah. Saya puas hati. Tq Doktor. Tq nurse. Jasamu hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sekian.

p/s: waktu melawat hospital ni sama macam hospital lain.

Ahad - Khamis 
: 12:30 tengahari - 2:00 petang
: 4:30 petang - 7:00 malam

Jumaat, sabtu & cuti umum
12:30 tengahari - 7:00 malam

Tapi wad bersalin hari-hari adalah sama macam waktu melawat ahad - khamis tu ye.






Ingin mendapatkan vitamin terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan vitamin terbaik pada harga ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan hanya dari rumah?


Sila hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda.



✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby.blogspot.com
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

3 comments:

  1. Salam. HSNI benarkan suami teman dalam labour room tak?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Dia benarkan. Siap ajar husband suruh bagi semangat kat isteri semua. Tapi masa saya deliver ni sensorang. Husband kat laut. Keje.

    ReplyDelete
  3. Tahniah sis...suka baca pengalaman sis ni.. bertuahnya skang boleh layan request2 ni...mcm x ramai je pesakit...terbaikkkkk sgt3

    ReplyDelete