Wednesday, December 17, 2014

Kenapa Shaklee?

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca yang kaya dan berjaya..

Dua entry sebelum ni saya kongsikan sedikit tips untuk memulakan business dan berjaya dalam business. Saya pun masih mengamalkan tips yang di beri sedikit demi sedikit. Saya yakin kejayaan semakin hampir dengan saya.

Alhamdulillah..

Kali ni saya nak menjawab persoalan. Sebenarnya ramai yang tertanya2 kenapa saya memilih shaklee sebagai lifetime career saya.

Walaupun cabaran berniaga bukan kecik2, tapi hati saya tetap teguh dan utuh pada Shaklee. Sejak berhenti kerja tahun 2012, saya mencari2 sumber pendapatan dari rumah. Saya terpikir nak buat business online. Tapi saya tak jumpa produk apa yang ingin d jual. Usaha giat mencari produk untuk di jual sambil2 tak putus-putus berdoa padaNya agar di berikan ilham.

Alhamdulillah, September 2013, Allah temukan saya dengan shaklee. Mula makan produk shaklee sejak March 2013, September baru terbukak hati nak mula berniaga akibat dari kesan produk shaklee yang osem pada diri ini. Tiada niat lain, hanya mencari sedikit pendapatan di samping dapat membantu orang lain untuk dapat shaklee effect yang osem jugak.

Dah join baru saya d beri pendedahan tentang business shaklee, dan ternyata pilihan saya tepat sekali. Allah jua yang memberi jalan. Tq Allah, Tq en suami atas keizinan, Tq Shaklee.


Kenapa Shaklee?

1) Kekuatan produk

Shaklee ada produk yang hebat. Saya sendiri dah makan produk shaklee dan dah rasakan kehebatannya. Ciri-ciri supplement yang baik ada pada shaklee sebab berasaskan bahan semula jadi, di mana kajian terperinci dan ujian yang ketat telah di laksanakan. Berbillion shaklee peruntukkan untuk kajian tentang produk mereka. Dengan tagline 'The Shaklee Difference ~ Always Safe, Always work, Always Green. Selain tu, produk shaklee berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan yang paling penting mendapat pengiktirafan sijil HALAL oleh Jakim.


2) Syarikat yang mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi

Shaklee sudah wujud selama 57 tahun di dunia. Dah well established. Tu sebab shaklee pernah di senarai dalam Top Company kat US. Kredibiliti dan integriti terbukti bila ada kes-kes yang di kaitkan dengan produk shaklee, Dr Jamie sendiri jawab pasal produk shaklee. Contoh lain adalah isu boikot, Shaklee terus keluarkan company statement yang mengatakan mereka tidak menyumbang pada mana-mana pertubuhan yang melibatkan isu keagamaan, perkauman dan kemanusiaan. Kalau shaklee boleh bertahan selama 57 tahun, tak mustahil dia boleh bertahan sehingga 100 tahun malah lebih.

3) Sistem yang adil dan patuh syariah

Sistem shaklee bukan sistem piramid di mana orang bawah akan bekerja untuk orang atas. Sistem shaklee memegang prisip ko buat ko dapat. Tak de siapa bekerja untuk siapa. Sume berkerja untuk diri sendiri dan business sendiri. Patuh syariah adalah shaklee patuh pada panduan MLM yang di keluarkan oleh Ustaz Zaharuddin dan Jakim. Shaklee ada produk. Jadi SID jual produk. Kami tak jual keahlian dengan mewajibkan ahli baru buat belian banyak semata-mata nak kan bonus besar. Kami tak aniaya orang. Sebab tu shaklee bertahan sampai sekarang selain mempunyai sistem yang adil di mana tidak berasaskan orang bawah untuk naik pangkat.

4) Shaklee bayar bonus tinggi pada SID

Shaklee memang bayar bonus yang tinggi pada pengedarnya. 50% daripada keuntungan syarikat di beri kepada pengedar. Selain tu, banyak sangat kebaikan yang shaklee janjikan selain cash bonus, pengedar berpeluang mendapat car bonus dan convention bonus (6 star). Leader saya pernah baca, kenyataan mengatakan Shaklee ada ciri-ciri syarikat yang baik sebab sangat menghargai pengedarnya.

5) Perniagaan yang boleh di wariskan

Shaklee la satu-satunya business yang saya tau boleh di warisi oleh anak cucu. Walau pun kita sebagai SID dah tiada lagi di dunia ni, tapi bonus tetap mengalir pada anak cucu. Bermakna segala usaha kita tak sia-sia. Kita membina legasi untuk di warisi. Sebab tu bila dah bergelar master nanti kita akan mendaftar sebagai company.  Kalau belum berkesempatan buka company pun, Shaklee mendaftar nama suami isteri untuk 1 ID. In kes la kalau saya pergi dulu, suami saya masih boleh teruskan perniagaan shaklee saya. Ada ke business lain yang macam ni? Kalau ada bgtau ye.

6) Pendapatan tidak terhad

Shaklee janji yang pendapatan SID tidak terhad. Boleh jadi pasif income dan plan untuk persaraan. Berpencen dengan Shaklee. Sebab tu ramai SID yang dah berhenti keje. Jadi working at home mother (WAHM) and working at home dad (WAHD). Boleh retire young retire reach. Sebab tu business shaklee di samakan dengan tanam pokok. Memula kene baja, siram, jaga elok2, buang ulat-ulat. Bila dah besar pokok tu, dah tak yah jaga daj, makan hasil je. Kata la sekarang ni kita berkerja kan. tiba-tiba jatuh sakit. Tak boleh bekerja selama sebulan. Agak-agak bos nak bagi ke cuti bergaji penuh. MEsti kene cuti tanpa gaji kan. Kalau dengan shaklee, tak boleh bekerja pun masih boleh dapat income.

7) Perniagaan berasaskan produk kesihatan dan kecantikan adalah antara perniagaan yang terbaik.

Perniagaan berasaskan produk kesihatan dan kecantikan adalah antara 10 business terbaik. Kalau tak silap nombor 4 terbaik. industri yang bernilai berbillion dollar termasuk di Malaysia. Industri ni di kira antara yang laku keras dan dah lahirkan ramai jutawan. Jutawan internet marketin, En Faisal Abdullah ada sebut dalam ebook beliau. 4 kategory Industri yang terbukti laris sejak ratusan tahun dahulu. Kerohanian, kesihatan/kecantikan, kewangan dan kekeluargaan. Doktor Azizan Osman pun pernah menyatakan produk kesihatan dan kecantikan adalah antara industri yang terbaik dan sangat mendapat permintaan yang tinggi.

8) Perniagaan shaklee tidak perlukan modal yang besar.

Nak mula berniaga biasanya orang pening pikirkan modal. Tapi tidak dengan shaklee. Kita tak perlu buat berhutang dengan sesiapa. Tak perlu buat pinjaman bank. Hanya RM65 sahaja kita dah boleh mula berniaga malah ada yang zero modal pun.

9) Boleh di lakukan 100% dari rumah

Shaklee adalah home based business. Kalau kita ada kekangan nak pos barang, shaklee boleh poskan. Kita tak perlu nak ke kedai untuk beli barang. Segalanya di hujung jari.

10) Tak perlu premis perniagaan.

Macam yang saya cakap tadi. Home based business. Sewa kedai sekarang pun dah mahal kan. So kita tak yah susah-susah. Nak sewa kedai, nak carik orang jaga kedai lagi, sebab kita tak perlu simpan stok. Customer order baru kita beli. Senangkan. Segalanya online. Bak kata leader saya, jutawan senyap sambil goreng ikan.

11) Hampir tiada risiko

Kita berniaga ni berdepan dengan risiko barang rosak, risiko barang tak laku, risiko rugi dan sebagainya. Tapi bukan dengan shaklee. Sebagai pengedar kita tak tanggung risiko semua tu. Dalam business biasa high risk high return. Tapi shaklee low risk high return. Kebanyakan kita dah tak sanggup nak berniaga keluar modal besar, tenaga lagi, masa. Lepas tu hadapi risiko yang tinggi. Dengan shaklee semua pun senang.

12) Kalis recession

Kalis ekonomi sebenarnya. Sebab apa? Sebab akan sentiasa ada orang yang sakit, sentiasa ada orang yang perlukan vitamin. Kesihatan ni bukan kehendak, tapi adalah keperluan. Walau macamana pun keadaan ekonomi kita, untuk kesihatan kita tak akan berkira kan. Macam tu jugak pelanggan kita.

13) Peluang perniagaan online yang sangat besar

Sekarang rata-rata orang dah cerita pasal business online. Baru-baru ni dalam surat khabar, katanya business online lahirkan ramai jutawan. Ada kajian mengatakan jumlah  atau nilai yang di belanjakan secara online menigkat sehingga berbillion ringgit. Kita je la, tak kan tak pernah beli barang online kan.

14) Syarat untuk berjaya dalam business kene ada M.E.S.T.I

Mentor
Elmu
Sistem
Tindakan
Impian

Dalam shaklee dah ada mentor dan sistem yang dah tersedia. Elmu/ilmu pun banyak. Tinggal tindakan dengan impian je nak d laksanakan. Senang ke senang?

15) Shaklee menyumbang kepada kepimpinan alam sekitar sejak 5 dekad yang lalu.

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mendapat pensijilan 'Climate natural". Dengan menyokong shaklee, kita menyokong usaha untuk jaga alam sekitar. Motto Shaklee pun ALWAYS GREEN. Yang ni tak de pada company lain.

16) MLM pahala

Shaklee bukan sahaj MLM biasa tapi MLM pahala. Boleh jadi amal yang berpanjangan melalui ilmu yang kita ajar pada orang. So selagi yang kita ajar tu di amalkan, selagi tu la pahala berterusan mengalir untuk kita. Master berbangsa cina dalam shaklee menggunakan duit bonus dia untuk satu badan pertubuhan. Dia membantu masyarakat bebas cancer. Takkan kita orang islam tak nak buat lebih daripada tu untuk agama kita.

17) Supplement shaklee sebagai alternatif kepada ubatan kimia dan dadah.

Yang selama ni kita duk telan time tak sihat tu mengandungi bahan kimia dan dadah. Jadi saya berpendapat, perlu telan vitamin shaklee sebelum kene telan bahan kimia dan dadah itu.  Shaklee jauh lebiih selamat daripada ubat-ubat yang ada banyak side effect. Sebab mencegah lebih baik daripada merawat.

Credit to Kaklong Nuzula.

Jadi wahai pembaca sekelian, sebab tu la kesetiaan saya pada shaklee tiada tolok bandingnya. Saya masih meneruskan perniagaan shaklee saya biar apa pun yang orang kata. Saya gembira membantu diri sendiri dan orang lain.

kalau ada sesiapa yang dah terminat nak join berganda benefit dari shaklee ni, di alau-alu kan menghubungi saya ye.

Pengedar sah anda,
Siti Fabillah Mohd Yunos
958164
0196624455
COD area Seremban, Senawang, Rasah, Sikamat.
Poslaju seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment