Tuesday, December 16, 2014

Resepi Puding Milo Lapis Oreo

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni saya nak share resepi dan cara2 buat Puding Milo Oreo ni. Sebenarnya dah lama duk tengok orang viralkan pasal resepi puding ni kat facebook, tapi tak berkesempatan. So sabtu hari tu, pagi2 sebelum litle hero bangun, ku google resepi Puding Milo Oreo ni. Senang je rupanya. Memandangkan bahan2 nak buat Puding Milo Oreo ni memang ada je kat rumah, so proses pun bermula dengan jayanya.


Okeh, resepi ku ini berdasarkan banyak resepi dari blog2 lain. Nak creditkan memang tak ingat. So ku terima kasih la pada semua blogger yang share resepi ni ye.


Bahan-bahan nya adalah:


Sedikit comot, almaklumlah, tangan tak berseni. Tapi marvelous

Agar2 sepeket
Air 800ml (ku sukat guna shaker shaklee)
1 tin susu cair
Biskut oreo
150 gram gula (resepi asal 160 g)
3/4 cawan milo


Cara-caranya:

1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut
2. Masukkan gula dan kacau sehingga larut
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi sehingga sebati
4. Pisahkan adunan kepada dua bahagian. 
5. Masukkan milo dan kacau lagi. Pastikan  milo tak berketul ye.
6. Tuangkan adunan yang di campur milo ke dalam loyang. Biarkan permukaan mengeras sikit.
7. Tuangkan pula adunan yang berwarna putih dan taburkan biskut oreo. Terpulang la nak susun je nak tabur. Ikut kreativiti masing-masing. Masa nak tuang yang putih tu kene slow2 tau, kalau tak nanti yang bawah tu berlubang..dah bercampur warna dia nanti.
8. Selepas permukaan mengeras, tuangkan baki adunan yang bercampur milo ke dalam loyang.

Baru dia jadi cantik kalau sabar. Saya punya ni sebab tak sabar, terus tuang yang putih sebelum permukaan yang coklat tu mengeras. Akibatnya tak berapa cantik.

Anak suka, suami pun suka. Adik ku datang rumah pun kata sedap. Makan sejuk-sejuk. Pergh.

Di sebabkan kene puji, semangat la nk buat lagi nanti.

No comments:

Post a Comment