Monday, December 15, 2014

Menuntut Ilmu Berniaga (DAO)

Assalamualaikum w.b.t. buat semua pembaca yang kaya dan berjaya..

Dah lama sebenarnya saya nak share berkenaan mudahnya berniaga ni. Kelas Doktor Azizan Osman (DAO) yang di anjurkan secara percuma untuk sesiapa yang mendaftar 3 orang. Alhamdulillah saya mendapat keizinan suami untuk menghadiri kelas yang penuh dengan aura dan ilmu ini. Saya pergi dengan kakak dan abang ipar. Kami pergi sewaktu program di anjurkan di MITC Melaka.

Sapa tak kenal DAO kan. Jutawan yang membantu orang islam untuk mula berniaga dan seterusnya menjadi jutawan.



Pendaftaran bermula jam 8 pagi. Alhamdulillah kami sempat sampai sebelum pukul 8 dan mendaftar. Memang sangat terkejut, sewaktu sampai di sana, selautan manusia beratur di depan pintu masuk dewan. Memula ingat kami antara yang terawal, tapi sebenarnya kami antara yang dah lewat. Walaupun pintu dewan belum buka, tapi manusia yang beratur sangat ramai.

Bila pintu dewan d buka, semua berebut2 nak duduk depan. Memandangkan saya dan kakak agak lewat, kami dapat sit paling hadapan di zon tengah. (sedih).

Memang tujuan utama datang kelas ni untuk tambah ilmu perniagaan. Walaupun kami adik beradik dah di dedahkan tentang perniagaan sewaktu sekolah rendah lagi,)jual kacang, jual asam, jual kerepek pisang, jual ikan masin, berniaga warung) tapi ilmu tu belum cukup untuk jadikan kami jutawan.

Mula2 masuk dewan kami di hidangkan dengan tayangan kata2 hikmah dari DAO. Banyak sangat kata2 DAO yang sangat2 berguna. Selain tu ada juga tayangan video pelajar2 DAO yang dah menjadi jutawan. Sungguh terinspirasi. Lepas abis tayangan, kami di suruh buat senaman ringan. Saya yakin ada sebab. Apa yang saya boleh pikir mungkin DAO nak peserta semua cergas sewaktu dia berkongsi ilmu nanti.

Selepas DAO d umumkan masuk, bermula lah perkongsian pengalaman yang super hebat. Banyak sebenarnya yang saya tak tahu tentang dunia perniagaan. Senang cerita, sesiapa yang tak pernah tahu pasal berniaga, tak pernah ada pengalaman dan tak pernah ada ilmu. Datanglah ke program percuma anjuran DAO ni kerana lepas je tamat program, kita akan membuka mata tentang berniaga. Peserta yang hadir ada yang dah lama berniaga dan stabil, ada yang baru mula berniaga, ada yang dalam perancangan, ada yang tak niat pun nak berniaga. Dan saya yakin, sesiapa yang balik dari program mudahnya berniaga ni akan mula berniaga.

Berniaga tu kan sunnah nabi kita Muhammad S.A.W. Dan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Sebab tu orang islam kene berniaga. Perlu berniaga.

Ilmu yang di kongsi oleh DAO akan saya kingsikan di entry seterusnya. Tak de gambar saya sebab kami berpusu2 time datang n time balik. Tak sempat nak snap gambar.

No comments:

Post a Comment