Wednesday, December 17, 2014

Mudahnya berniaga

Assalamualaikum w.b.t.

Saya yakin anda semua bersemangat nak mulakan perniagaan kan. Macam yang saya dah kongsikan haritu tip nak pilih produk apa dan masa yang sesuai. Saya yakin yang membaca entry saya seterusya ni adalah yang dah bersedia nak mulakan perniagaa.

Saya share apa yang saya tahu je. Sebab sy pun baru sekali je pergi seminar DAO.

Memula sekali DAO kata, business tak mudah. Dia kata dia tipu je buh seminar tu mudahnya berniaga. Katanya, business tak mudah kalau kita tak de apa 5M. Apa 5M tu nanti saya terangkan satu persatu in detail. Tak paham tanya kat komen ye. Nanti saya jawab insyaAllah.

Okeh. Nak mula kan business, dah ada produk dan nak mula secepatnya kan. Kene apply 5M ni.

1) MATLAMAT



M yang pertama adalah matlamat. Cuba tanya diri sendiri, kenapa kita nak berniaga? Kaya? Berduit? Salah. Tu semua boleh ada dalam senarai, tapi mungkin yang ke 3 or ke 4. Matlamat yang utama adalah BANTU. Yes, kita kene ubah niat kita berniaga adalah untuk membantu. Kata DAO, sabda Rasulullah kalau tak silap saya, 'sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat. Kita akan dapat kasih sayang Allah. Bila kita mudahkan orang lain, Allah akan mudahkan kita. Jadi, matlamat kita kene jelas iaitu memberi manfaat pada orang lain.



2) Mentor

M yang kedua adalah mentor. Mentor ni kita kene carik dan menuntut dari mereka yang dah berjaya. Nampak kejayaan mereka. Contohnya mereka dah jadi jutawan. So salah seorang dari mentor saya adalah Doktor Azizan Osman selain dari mentor2 dalam shaklee yang dah terbukti kejayaan mereka. Mereka dah bonus 6 angka. So memang layak mereka jadi mentor kita.


3) Mahu

M seterusnya adalah mahu. Mahu dengan kata-kata je tak cukup ye. Bila tanya nak kaya tak? Nak..nak.. Tapi tak bertindak. Jadi mahu kene beserta tindakan. Sebelum bertindak, kene ada ilmu. Baru kuasa tindakan kita akan berhasil.

4) Mampu

Mampu ni yang di maksudkan adalah ilmu. Ilmu yang menjadikan kita mampu dan mahu untuk bertindak. Paham ke paham? Ramai orang tang gagal dalam perniagaan kerana tiada ilmu. Bak kata DAO bodoh sombong. Buat2 macam pandai. Tapi sebenarnya tak pandai. So, kene ada ilmu baru boleh berniaga.

5) Menyerah

Menyerah dalam erti kata lain tawakkal semestiNya pada Dia yang satu. Untuk yang beragama selain Islam, berserah la mengikut kepercayaan masing2. Bukan menyerah kalah ye. Selepas kita dah ada matlamat, berguru dengan mereka yang berjaya, bertindak, mencari ilmu sedalam2nya, baru boleh menyerah. Jangan belum-belum dah menyerah ye. Tu menyerah kalah namanya.

Selain tu DAO juga ada bagitau tentang MESTI



Alhamdulillah, dalam shaklee saya dah jumpa matlamat saya, saya dah ada mentor yang terbukti dah berjaya, saya inginkan kejayaan dan kekayaan dan saya sudah bertindak, masih menuntut ilmu dari semasa ke semasa dan akhirnya tawakkal.

Saya yakin kejayaan bakal menyusuri sikiiit je lagi.

Buat anda semua, pilih lah perniagaan yang terbaik dan pastikan cukup 5M untuk kaya dan berjaya.

Sekiranya ada yang berminat untuk berniaga Shaklee, makanan tambahan, produk kesihatan dan kecantikan..

Di alu2 kan untuk menghubungi saya..

Pengedar sah anda,
Siti Fabillah Mohd Yunos
958164
0196624455
COD area Seremban, Senawang, Rasah, Sikamat.
Poslaju seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment