Monday, December 15, 2014

Nak berniaga apa?

Assalamualaikum w.b.t.

Buat semua pembaca blog bahagia itu pilihanku. Semoaga anda semua d rahmati Allah.

Seperti yang saya janjikan, intipati perkongsian Doktor Azizan Osman (DAO) akan di kongsi. Untuk mereka yang belum pernah menghadiri seminar mudahnya berniaga ni, boleh la dapatkan serba sedikit ilmu yang di kongsi oleh DAO. Cuma saya bgtau awal2, dapat ilmu yang di kongsi tak sama dengan ilmu dari guru tu sendiri. Sebab tu kalau namanya pelajar kene jugak datang kelas. hihi..

Semoga bermanfaat.



Mungkin ada antara kita yang ingin memulakan perniagaan, tapi teragak2, produk apa yang nak d jual. Nak jual nasik lemak, dah ramai dah yang jual. Nak jual itu, takut tak laku, Nak jual ini takut nanti orang tak beli. Ada kan perasaan macam tu. Kita mencari produk apa yang terbaik untuk d jual. Atau pun kita sering jumpa alasan untuk mula berniaga. Masih belajar la, sarat mengandung la, anak kecik lagi la.



Persoalan yang timbul..

Peserta: Bilakah masa terbaik untuk mula berniaga?

Jawab DAO: Sekarang.

DAO jawab sekarang tanpa selidik siapa pun orang yang bertanya. Ada modal ke x, dah abis belajar ke belum, anak kecik lagi ke. Yang pasti, siapa pun kita, masa terbaik untuk mula berniaga adalah SEKARANG!

Peserta: Produk apa yang patut di jual

Jawab DAO: Di mana ada manusia, disitu ada masalah, di mana ada masalah, disitu ada peluang, di mana ada peluang, disitu ada perniagaan.


DAO bagi situasi ketika beliau d menara gading. Katanya dia berniaga nasik lemak, mee goreng dan macam2 makanan lagi. Dia jual bilik ke bilik. Katanya 3 hari pertama je dia jalan bilik ke bilik, sambil2 bagitau dia dari bilik mana. Lepas 3 hari, orang berpusu2 datang beli d bilik dia. Sangat bijak.

Bila di pikir balik, betul sangat apa yang DAO cakap kan. Sebab kalau kita tengok orang berniaga hari ni adalah kerana ada masalah. Contoh, kedai cermin mata. Menyelesaikan masalah orang rabun. Kedai baju, Memudahkan orang nak mencari pakaian menutup aurat. Apa saja perniagaan yang saya nampak hari ni adalah penyelesaian kepada masalah.

Macam saya jual vitamin. Menyelesaikan masalah kesihatan dan kecantikan.

Dan, niat kita berniaga juga kerana ingin membantu mereka yang menghadapi masalah. Niat berniaga kene betul dik. Sebab kalau salah niat, perniagaan kita bakal lingkup. Itu kata DAO.

Lepas tu kata DAO, nak tunggu masa yang tepat untuk mula berniaga memang tak kan jumpa. So yang terbaik adalah sekarang. Sesiapa yang mencari alasan, dia akan jumpa alasan. Sesiapa yang mencari peluang, maka peluang la yang dia akan jumpa.

Jadi, lihatlah dengan mata hati, kita akan jumpa produk apa yang kita nak jual untuk menyelesaikan masalah.

Ok? dah tau bila nak mula berniaga? Dah dapat produk apa yang nak di jual? Entry seterusnya saya akan kongsikan secara detail apa yang menyebabkan berniaga itu mudah.

Sekian.


Kalau berminat nak berniaga Shaklee, boleh hubungi saya..

Pengedar sah anda,
Siti Fabillah Mohd Yunos
958164
0196624455
COD area Seremban, Senawang, Rasah, Sikamat.
Poslaju seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment