Monday, March 28, 2016

Tips musim panas

Assalamualaikum semua. Suka cik ebby dapat kongsikan tips menghadapi musim panas. Maklumlah kan, Malaysia sekarang dah ada musim. Musim panas, Bunga, Luruh. Salji je belum lagi. Dunia akhir zaman ni kan. Takutnya.

Eh panjang pulak leternya. Ok sikit je lagi. Terkini Musim panas di Malaysia sampai ada fenomena Equinox. Matahari terletak secara langsung atas garisan khatulistiwa. Cuaca akan menjadi sangat panas terutamanya pada pukul 12 tengahari sehingga 3 petang. Wallahualam. Yang penting Malaysia sekarang tengah panassssss sangat kan.

Ok, Jom nak share tips musim panas yang cik ebby amalkan dan melalui sedikit pembacaan.




  1. Pakai pakaian yang ringan, nipis dan berwarna terang. Elakkan warna hitam sebab hitam akan menyerap haba lebih banyak. Yang panting menutup aurat.
  2. Mandi air sejuk sekerap mungkin atau sekurang-kurangnya basuh kaki dan muka. Tapi tau la kan musim panas ni, air pun jadi panas tak yah guna water heater, Caranya adalah tadah air dalam baldi atau tong besar. Air tadahan adalah lebih sejuk dari air paip.
  3. Pasang kipas atau lagi best penghawa dingin (aircond) untuk membantu sejukkan badan (ni semua orang tau kan)
  4. Pastikan kepala bertutup untuk melakukan aktiviti luar. Tutplah dengan topi ke, payung ke. 
  5. Minum jus buah asli dengan lebih kerap untuk memastikan kita memiliki vitamin dan zat galian.
  6. Banyakkan minum air kosong. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  7. Kurangkan pengambilan caffein seperti teh dan kopi.
  8. A big NO to alcohol
  9. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan segar
  10. Turunkan langsir untuk mengurangkan kemasukan cahaya matahari ke dalam rumah. 

Sila ambil berat setiap tips yang di kongsikan. Sebab risiko terkena strok haba sangat tinggi ketika musim panas ni.



Selamat beramal. Semoga memberi manfaat. Sama-sama kita hadapi musim panas yang serba mencabar ini.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment