Wednesday, March 16, 2016

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum semua..

Terima kasih kerana sudi berkungjung ke blog saya. Hari ni cik ebby nak share resepi Asam Pedas Ikan Pari super sedap. Ha boleh gitu. Puji diri sendiri.

Bagi can la. Sapa lagi nak puji cik abby kan. Untuk pengetahuan korang, inilah kali pertama cik ebby masak asam pedas. Ok tipu.

Inilah kali pertama cik abby masak asam pedas sampai jadi sedap dan lazat. Belajar dengan chef tau.

Chef tu korang tak yah tanya la sebab chef tu ajar cik abby sorang je. Hikhik..

Cuba tengok gambar tu. Tengok gambar pun dah terliur kan.




Resepinya:


3 - 4 ketul ikan pari (basuh dengan airasam)
1 biji bawang besar
2 ketul bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan (optional)
Segenggam cili kering / 2 senduk cili boh (homemade)
Bende/kobis cina
Bunga kantan
Daun kesum (akak tak letak dik)




Cara2:

1. Blend bawang besar, bawang putih, halia and tumiskan mereka sampai naik bau (bau yang di tumis tau, bukan bauan lain. ok gurau)
2. Masukkan cili boh atau cili kering yang dah di rebus dan d blend
3. Masak sampai pecah minyak (bukan sampai naik minyak tau, kalau naik minyak kang abis sume terbalik)
4. Masukkan air asam jawa (setakat ni lum ada lagi asam banjar ke asam bugis kan. Sib baik cik ebby orang jawa)
5. Masukkan ikan, biarkan ikan masak then masukkan sayur.
6. Buh garam (garam kene buh last tau untuk dapatkan khasiat garam, ikut sunnah)
7. Eh jangan lupa bunga kantan masuk bila dah hampir menggelegak.
8. Siap dan boleh terus di hidang.


Makan tu jangan lupa toleh mak mertua lalu tu.



Selamat mencuba!







Ingin menambah pendapatan dengan EMAS?



Ingin jadikan EMAS sebagai simpanan?

Bekukan duit gaji anda, tukarkan kepada EMAS.




Siti Fabillah Mohd Yunos
019-6624455
Syamairagoldlegacy@yahoo.com
www.facebook.com/syamairagoldlegacy
COD Seremban, Sikamat, Seremban 2, Senawang, Rasah dan kawasan sekitarnya
Pos seluruh Malaysia

1 comment:

  1. MGM Resorts Ltd - JTM Hub
    › mmgrasil-casino-l › mmgrasil-casino-l The MGM Resorts operates through MGM Resorts and 양산 출장마사지 the Eastern Band of 태백 출장샵 the Mississippi River, 여수 출장안마 and MGM Resorts 고양 출장마사지 International, Inc. 수원 출장마사지 operates its casinos in

    ReplyDelete